Friday, February 4, 2022

cuti-cuti sebelum lapor diri

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt n hai hai wehhh. Lama nya tak update entri baru. Hahaha dah masuk 2022 dah pun. Apa-apa pun thanks buat yang setia menjadi pembaca blog  akuu. N buat yang baru baca welcome to my blog. Sama ada memang nak baca atau terbaca. Hahaha.

Dah tahun 2022 ni mesti harap blog ni mendewasa kan?? Hmmm. Better tak payah lah harap hahaha. Bukan sebab konsep blog aku tapi memang aku jadikan blog ni tepat aku nak bercerita suka hati aku lah. Adoii. Sebabkan ada ja yang mesej aku kat twitter kata blog aku takda manfaat pun. Buang masa ja. Malas lah nak ss kan. Kang viral pulak.

Btw aku dah menganggur 2 bulan. Aku duduk rumah goyang kaki tengok tv, asyik makan minum tidur.. tapi tak gemok2. Orang lah kata. Tapi aku rasa aku dah gemok. > < sakit hati tak. Hahaha.

Sebenarnya tak pun. Sejak duduk rumah ni tak pernah goyang kaki. Ada ja kena buat. Yang paling kerja keras kat rumah ni mak dengan adik. Aku pandai jugak mengelat.

Benda ni jadi dari sebelum aku balik rumah lagi. Benda ni jadi sejak rumah ni asyik renovate, tokok tambah, dan menjadi pusat penempatan barang terpakai yang tak habis2.

Ok stop! Aku tak merungut sangat pun pasal tu. Back to the title. Drama. Sejak aku balik rumah ni. Aku kira terputus secara tidak langsung dengan manusia-manusia di media social. Mana tak nya. Line internet kat rumah ni nak dapat E pun susah. Tapi adalah tempat tertentu yang dapat 4G. so aku letak jelah telefon tu kat tingkap yang dapat 4G tu supaya dapat jugak baca wasapp di malam hari.

Minta maaf lah sapa yang cari-cari aku untuk meeting dan sebagainya. Sebab banyak benda lain nak kena buat. Telefon pulak dduk kat tingkap baru ada line. Kalay fon tu ada line kat dapur atau ada line waktu aku tengah sidai kain ke tak pa lah. Nak mesej pun susah, nak tengok status wsap lagi susah.

Masa free aku atau lebih betul masa rehat tu lebih terluang kat TV ja. Hahha so banyak lah drama-drama TV aku tengok.

Adik aku layan drama Thailand. Aku pulak terjebak tengok drama thai sebab main kat TVS n TV9. Apa lagi habis semua drama Thailand aku cari. Drama melayu, korea pun ada ja tengok. Pokoknya semua drama d tv semua aku tengok. Hahaha. Menganggurkan.

Pernah ja aku bercadang nak bisnes. Bisnes kek ka, kuih ka. Tapi tu lah, alih2 buat semua tu untuk orang rumah, orang kerja. Hahaha. Bila nak jual nya entah. > <. Yelah nak cari duit sementara nak posting nnti kan. Seronok ja tengok kawan-kawan kerja dekat klinik swasta. Sekurang-kurangnya ada pengalaman sebelum tempuh kealam pkerjaan nanti. Apa-apa pun aku happy ja dengan yang aku bat sekarang ni. Hahaha. Mungkin tempat tu perlukan diorang. Dan aku. Orang di rumah ni perlukan aku.

Tak pernah lagi 2bulan duduk kat rumah tak keluar-keluar. Sebab seingat aku masa ums dulu pun cuti panjang mesti ada keluar seminggu dua berprogram. Sampai rutin harian aku boleh kata benda yang sama. Syukur Alhamdulillah aku masih pandai becakap dengan manusia walaupun Cuma duduk dengan mak, abah, adik dengan tok.

Yang paling best, aku boleh ketawa. Adik aku sampai naik hairan. Benda sekecil-kecil lawak pun aku boleh ketawa sampai keluar air mata n sakit perut. Belum lagi adik aku fakhrul. Dia punya lawak macam aku ja bleh terima biar benda tu berulang kali. Pokoknya duduk rumah ni walau ada letih dan stressnya, tapi tak pernah stress lebih dari sejam. Haahhaha

Itulah hairan jugak, di ingatkan balik, masa zaman belajar asyik stress memanjang. Pastu muka macam nak makan orang, sampai ada budak kata first impression dia aku garang. Adoiii. Hahaha. Sebenarnya aku teramat paling kuat dan cepat terhibur.

Cakap pasal ketawa memanjang. Nasib lah rumah kami ni tak da jiran. Kalau tak jiran pun hairan, ni rumah orang ka rumah Pontianak yang asyik mengilai. Hahaha. Mak aku sampai risau, macam ni ka aku kat luar. Ketawa sampai tak cukup nafas. Sebenarnya tak pun, aku jarang ketawa takda sapa pun tahu aku suka ketawa, kecuali orang rumah. Tapi kan adik aku kata aku ni mungkin telampau lama bersedih, tu yang balik rumah asyik ketawa. Hahah mungkin.

Tok aku pulak kata, “kalau kakak balik baru lah ghiuh ghumah ni” hahahah. Sekali kena “kalau mengaji kuat macam ni kan baguih” hamekk kau. Hahaha. Tok yang dah umur nak dekat 90 tahun. Kalau mengaji Quran, satu rumah kami yang besaq ni dengaq. J

Banyak jugak perkara duka kat rumah ni berlaku tapi aku malaih nak cerita.

Aku pun tak tahu aku akan menganggur sampai bila.

Kalau aku da habis drama-drama Thailand yang aku tengok aku review ye kalau rajin. K baii. Aku doakan kita semua di permudahkan urusan dunia akhirat.

Sunday, October 31, 2021

Finally, I'm Back

Bismillahirrahmanirrahim...

oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milik mu tercipta untuk diriku
satukanlah hatinya dengan hatiku..
 

sekian lama menguburkan hati. bukan juga mati untuk dikubur. namun sengaja di sorokkan agar tahu tiada yang boleh diperjuangkan buat masa ini..

wehhh apa yang gue merepek ni. hahha

Assalamualaikum n hai gaiss. lama betul tak publish entri. mana tak nya draft pun takda. jadi malas nak menulis.

BTW gais, aku tak pasti lah yang aku pernah cerita ka tak yang aku sekarang dalam latihan perubatan. and finally aku dah nak habis. alhamdulillah. rasa macam tak percaya dengan bantuan Allah swt aku dapat laluinya selama 3 tahun setengah ni. waahhhh. ok rasa macam nak menjerit sekerang. hhahaha

sebelum tamat aku ada 2 lagi case study yang perlu di present, 1 projek hospital, 1 research dan 2 paper exam 15 Hb Nov ni. doakan aku ye.

insyaAllah aku akan balik ke rumah selepas selesai semua ni. tak sabar wehhh. walaupun aku tahu, balik rumah ni bukan rehat sebenarnya. tapi dengan keluarga ni, stress dia tak macam stress belajar dan jauh dari keluarga. hahah entah lah macam mana nak cerita pun tak tahu.

bulan 6 lepas kitorang semua dah isi penempatan. aku harap sangat-sangat dapat hospital yang dekat dengan rumah aku. Doakan aku ya. "Ya Allah permudahkanlah c penulis merah jambu ni, semoga dia dapat hospital yang dia nak kerja nanti"  (sila baca sambil tadah tangan). ada sahabat pernah kata, kalau boleh duduk dekat dengan keluarga sementara bujang. dan dah duduk rumah tu kena banyak bantu keluarga lah. jangan duduk saja2. 

so, aku takdak nak cerita sangat kut di akhir semester aku ni. bukan sebab ada kenangan buruk atau apa2 yang menyakitkan. alhamdulillah sangat lah baik sebenarnya. tapi macam malas nak cerita ja. takda benda pun yang korang boleh amik jadikan pengajaran. hahahha.

 kalau aku ada nak share nanti aku tulis jugak insyaAllah. sekarang aku rasa aku berminat buat video. hahahha, tetiba wehhh. ~ bhaaa mo jadi vlogger sudah dia. hahhaha angan2 ja. angan2 aku ni kan bermusim. hahaha. lately aku baca semua entri lama. dan satu entri yang buat aku menangis adalah Musafirterimbau lah segala memori-memori di mana aku yang sangatlah cengeng dan masih mentah dalam banyak perkara. dan itu lah yang membentuk aku harini.

akhir kalam aku doakan kita semua sama-sama dilimpahkan segala kemudahan dalam setiap urusan baik akhirat mahupun dunia. amin ya Rabb.

Thanks for the food!!!



ps: btw kalau jadi kasi keluar vlog. i will upload the link soon. hahahhaha ><


Tuesday, February 9, 2021

Anak Tertua

nak tunggu sampai bila sebenarnya...

bila waktu yang sebenar kita betul-betul siap?

sedang kematian yang bila-bila saja boleh berlaku,

bahkan mugkin sedekat sesaat ini,

juga kita belum persiapkan.

inikan tentang pernikahan...

 

anak tertua itu bagaikan pengganti kepala keluarga

meskipun bukan anak laki-laki

tetapi menjadi tanggungjawab

dan perasaan ingin menjaga hingga akhir hayat itu tertanam

sehingga tidak mahu memikirkan yang satu lagi


namun sering kali juga tertanya pada diri,

apa di masa tua nanti, punya anak yang akan menjaga?

dan manusia mana yang akan dampingiku di masa tua

membutuhkan mereka yang masih belum wujud dikehidupan ku ini menjadi buak,

saat diri sendiri sudah mulai tua


ps: jangan komen kalau tak faham. buat-buat tak faham je


Friday, October 23, 2020

Buku Lembaran Juzuk Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Jujur sebenarnya aku bukanlah si ulat buku. Jadi sangat tidak layak untuk aku tulis sesuatu tentang buku atau buat review dan semacamnya. Dan buku yang aku cuba untuk kongsi ini buku yang ke-2 (bukan buku motivasi atau novel2 cinta) aku baca selain dari buku sekolah.. kalau ingat sebelum ni aku pernah cerita pasal buku (novel) warkah cinta berbau syurga.

SubhanaAllah…

Alhamdulillah…

Allahuakhbar…

Buku ini adalah hasil tulisan penyanyi nasyid muda lagi baharu yang aku ikuti sejak awal 2019. Ustaz Furqan Fawwaz bersama ibu beliau, Umi Anis. Dan bagaimana aku boleh  mengikuti awal perkembangan pemuda ini adalah apabila aku  terjumpa satu video di Youtube Cover Doa Qunut Nazilah.

Seperti yang kawan-kawan aku tahu tentang diri aku. aku ni seorang stalker berjaya (orang kata lah).. Tapi aku akan bagitahu info tu kepada yang nak tahu dan memerlukan je okay. N one more thing aku cerita info yang baik je okay. Itupun aku akan stalk sesiapa yang betul2 aku nak tahu ja.

Dan sebab itu aku cari tahu sedikit tentang Furqan Fawwaz ni dengan mengikuti semua medsoc yang dia miliki. Tapi mostly yang selalu kena update adalah instagram lah… Jap!!! Stop!!! Jangan fikir yang bukan2 ya. aku bukan nya mental yang dok cari tahu semua benda pasal seseorang tu. n BTW Ustaz FF ni dah jadi suami orang. lagipun ak ni tua dari ustaz ni kot. aku taraf kakak2 dia lah giteww.

Okay continue… akhirnya aku pun dapat tahu yang sebenarnya Furqan Fawwaz ni merupakan anak saudara kepada penceramah @ pendakwah yang terkenal di Malaysia. Al-fadhilatul Dato' Dr Ustazah Norhafizah Musa. Allahu … sangat idolakan ustazah ni sebenarnya. Sejak itu aku makin suka follow up Furqan dekat medsoc.

So, apa yang aku share atau kongsi pasal buku ni adalah bagaimana ia membuat hatiku mengetuk palu untuk memulakan semula hafalan Al-Quran. Allahuakhbar begitu suci murni nya jiwa penulis-penulis sehingga membuatkan diri berazam kembali untuk memulakan hafalan.

Tajuk buku ni adalah Lembaran Juzuk Cinta. Dan sebelum diorang release buku LJC ni. Lagu LJC dah pun keluar. Di nyanyikan oleh Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz. dengar tajuk ingat buku ni cerita pasal cinta-cinta. tapi bila baca sinopsis pasal budak tahfiz.


Aku ingat lagi sehari sebelum aku jumpa buku LJC ni. Malam tu aku sembang dengan roommate, yelah lama tak jumpa kan. PKP. So aku tanya lah apa ja dia buat masa cuti ni. N mostly dia borak pasal drama korea yang dia tengok. Dan salah satu drama yang buat aku tertarik untuk tengok adalah drama “It’s Okay Not To Be Okay”. Sebab nya drama ni pasal mental illness n so on. Bagaimana kehidupan sesorang tu boleh terbentuk adalah dari bagaimana zaman kecil yang dia lalui. Haaa begitulah yang roommate aku cerita. Aku pun decide untuk tengok lah nanti.

ke esokan nya seorang sahabat yang sangat sukakan membaca buku. Dan taksubnya dengan buku-buku tu, sehingga sanggup habiskan wang sekitar rm500 di usia 21 nya dengan membeli buku untuk di baca. Dan syukur dia memang suka membaca. Hahaha. Kalau yang suka membeli je tapi tak baca payah jugak. Pada malam pertemuan pertama kami selepas PKP, dia memberitahu bahawa dia memiliki buku Lembaran Juzuk Cinta.

Keterujaan aku mendengar sambil berkata di hati, ‘Ya Allah, tahu-tahu ja budak ni tahu aku tengah stress fikir macam mana nak dapatkan buku tu’. Sebabnya, masa fasa pertama keluaran buku tu, perlu dapatkan dengan pembelian secara online. Takda langsung kat kedai buku. Aku ni manalah reti beli-beli online ni. Apa lagi, Cepat-cepat aku kata aku nak pinjam buku tu. tapi sekarang dah ada kat kedai okay.

Pada episode pertama sahaja telah membuat air mata ku bercucuran. Allah. berkali-kali membuat aku ingat akan Allah. Perasaan kagum yang teramat.. mungkin aku boleh kata aku tidak pernah duduk dalam biah soleh seperti yang diceritakan di dalam buku LJC. Aku sangat tersentak dengan diri sendiri yang sangat lah daif akan ilmu akhirat. Bahkan mungkin ada ilmu yang tidak teramal. Allahuakhbar.

Watak utama dalam cerita ini adalah seorang budak yang di masukkan kedalam sebuat pusat tahfiz, atas sebab beberapa kejadian ngeri yang sangat tidak boleh terbayang bagimana seorang budak ini hadapinya. menurut apa yang diceritakan, budak bernama Umar ini telah melalui situasi yang sangat mengerikan, dimana Ayah nya membunuh ibu dan adik nya di hadapan mata nya sendiri. Dan Umar juga nyaris menjadi mangsa. Allahukahbar3x. dapat banyang kan tak?? Kita yang bayang sahaja pun sakit. Apatah lagi jiwa kecil si Umar ini. ada satu ayat tu yang buat aku makin menangis , lebih kurang macam nil ah ayat nya, ‘rawat jiwa dengan Al-Quran’. Allah.

Secara psikologinya, memang budak yang hadapi situasi seperti ini pasti mengalami trauma yang besar. Boleh sahaja mempengaruhi sikap dan fikirannya sehingga menjelang dewasa. Aku pun tak tahu sangat pasal teori psikologi ka apakah. Tapi begitu lah. Watak Umi Yati dan Umi Insyirah pula  begitu menyayat hati. Perbincangan antara mereka berdua sahaja sentiasa saling mengingatkan akan Allah swt. Bahkan yang membaca ni pun. SubhanaAllah. Tak henti-henti bertahmid, bertasbih dan takbir. Jadi keputusan mereka untuk terima Umar bukan sahaja sebagai pelajar tahfiz di situ. malah, Umi Insyirah dengan lapang nya menerima Umar sebagai anak angkat.

Kes ini pun luar dari fikiran aku jugak, bagaimana umi Insyirah nak jaga si Umar ni sedang dia sendri punya anak-anak yang masih belum membesar. Namun, atas gandingan bersama sang suami Umi Insyirah. mereka mampu hadapi nya serta tidak putusnya mereka mendapatkan bantuan dari yang Pemegang Hati yakni Allah swt.

setelah melalui pelbagai cabaran. ada episode di mana Umar Kena keluar dari tahfiz sebab kena duduk dengan keluarga bapa nya.  Selepas umar berusia 18 tahun, umar muncul semula di pusat tahfiz tersebut. Allahu . ada lagi cabaran lain yang perlu di hadap nya. Penulis cuba bagitahu, kalau cabaran dalam nak memasukkan kalam Allah dalam dada ni sangat besar. Lain pula selepas menghafaznya.

okay akau tak leh lah cerita semua pasal buku ni. So, kalau korang nak tahu apa kejadian dengan Umar. Boleh lah cari buku LjC sekarang. Tapi sori aku bukan dropship kea pa. so korang boleh cari dekat kedai buku atau dm terus ustaz furqan fawwaz.

ada satu part sahaja Satu okay. dalam buku ni yang membuatkan aku tergelak. haaaa cuba teka??

Oh BTW ada satu watak dalam buku LJC ni nama dia Ustaz Fawwaz. Tapi tak tahu lah betul ke tak dia tu yang Furqan hahaha.

Aku baca buku tu tak sampai seharian sangat pun. Aku start baca dari mula2 dapat buku tu tak ingat tapi sampai lepas subuh esok nya. Tidur malam tu pun sampai termimpi Umar dengan Umi Insyirah kut.. hahahah walupun tak dapat bayang sangat muka diorang. Dan sehabis aku baca buku LJC ni terus menutup hati aku untuk layan drama korea “It’s Okay Not To Be Okay”. Sebab aku rasa buku ni lah jalan penyelesaian sebenar berbanding drama tu.  Walaupun aku tak tengok lagi drama tu. 

Buku LJC jelas menyebarkan dan mengingatkan kita kalau Al-Qran lah yang sebenar-benar boleh memulihkan hati kita. Dan apabila hati telah pulih, dari situ lahirlah setiap tindakan yang di lakukan, setiap perkataan yang di keluarkan semua nya baik. Dan yang datang kepada kita semua baik-baik belaka.

Dan yang paling mengajar aku dari buku LJc ni adalah, kebergantungan kepada Allah. Mesti kuat dan selalu bergantung. Dan ini pertama kali aku tahu bagaimana Susana di tahfiz. Allahu Akhbar. Kenapa setelah di usia ku begini baru terbuka mata ku untuk mengetahui indahnya jika zaman kanak-kanak dahulu di habiskan dengan Al-Quran. Tapi aku masih bersyukur kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang ada ilmu akan Al-Quran.

Sebelum menutup review aku yang sangat tidak seberapa kali ini, banyak cerita pasal lain adalah. Aku nak saran kan kepada mereka-mereka yang merasa diri mereka punya masalah yang sangat besar. Ketauhilah, Allah memberi setiap ujian itu pada hamba yang mampu.

Ok sekian untuk entri yang sangat wording for da fas aim. Hahaha

Semoga bermanfaat. Dan doakan aku agar istiqomah dalam menambah hafalan. Doakan aku agar mampu membina keluarga Pencinta Al-quran

terbaca satu caption post ig ni yg mengatakan. Menjadi Hafiz itu bukan tujuan. Tapi mati dalam keadaan hafiz itu cita-cita.

MOHON MAAF SALAH SILAP

MOGA ALLAH REDHA

Saturday, September 19, 2020

Belajar mencintai Allah.

Bismillahirrahmanirrahim...

meninggalkan beberapa draft yang mungkin saja akan dihapuskan akibat perubahan niat. dan kini aku ingin kongsikan suatu yang aku rasa 

.

Subhanallah.

Sudah tiba masanya untuk belajar berjinak-jinak ataupun menelusuri jalan mencintai Allah swt. Saat sedang bertatih belajar hendak menjadi orang baik dan Allah telah memberikan kebahagiaan saat melakukan kebaikan. Sebab tidak perlu pun untuk berharap orang lain menghargai. Dan kalau ada sekalipun, semua nya dari Allah swt. Berbuat baik bukan sahaja terhadap orang. Tapi juga kepada diri sendiri. 

Bagaimana yang dimaksudkan berbuat baik kepada diri sendiri?

Tidak menzalimi masa kita sendiri. Tidak mencari hiburan lain selain Allah dalam menenangkan diri sendiri. Permudahkan urusan orang lain dan doakan agar Allah permudahkan urusan mereka,  supaya urusan kita juga Allah swt permudahkan. Sentiasa berkata positif pada diri. “Innallah ma'a ana (sesungguhnya Allah bersama ku)”. Yakin atas setiap kedatangan manusia pada kita, Allah yang hadirkan. Dan Banyaklah lagi.

Nikmat berbuat baik ni sehinggakan kita merasa membahagiakan orang lain itu lebih nikmat. Dan ini semua adalah kurniaan Allah swt. Sama sekali tidak boleh melihat diri sendiri pada kebaikan yang dibuat. Kerana apabila melihat kebaikan pada diri dan berbuat itu kerana manusia, itu bukan namanya berbuat kebaikan. Buat baik nampak mahkluk. Buat baik rasa daripada makhluk. Ini salah.

Tapi orang yang benar-benar menikmatikan kebaikan sampai tidak tahu untuk berkata semacam apa rasanya. Dan merasa kemampuan berbuat baik benar-benar datang dari Allah swt. Tidak tahu untuk memuji Allah bagaimana lagi. Sehingga hati berkata “Ya Allah aku sangat lemah, Engkau bagi aku dapat buat baik”, “Ya Allah aku ni orang jahat tapi Engkau boleh pilih aku untuk berada di jalan berbuat kebaikan dan menjadi jalan kepada orang lain berbuat kebaikan” “Subhanallah puji-pujian apa aku nak puji Engkau ya Allah.” merintih sendiri

Kita tidak lihat lagi langsung diri kita, kita tidak punya apa-apa. Semua nya dari Allah swt.

Jadi pilihan apa yang ada selain mencintai Allah swt. Hairan lah jika sudah memilih jalan kebaikan tapi masih memilih perhatian dan kasih sayang manusia. Hairan. sungguh hairan

Menyeru kembali kepada diri dan juga pembaca. Sama-samalah belajar memohon kekuatan dari Allah swt. Jika sekalipun kita menyayangi manusia, biarlah hasil dari kecintaan kita kerana Allah.

Wallahualam.

-nukilan dari hati Merah Jambu