Bismillahirrahmanirrahim.
Jujur sebenarnya aku bukanlah si ulat buku. Jadi sangat tidak layak untuk aku tulis sesuatu tentang buku atau buat review dan semacamnya. Dan buku yang aku cuba untuk kongsi ini buku yang ke-2 (bukan buku motivasi atau novel2 cinta) aku baca selain dari buku sekolah.. kalau ingat sebelum ni aku pernah cerita pasal buku (novel) warkah cinta berbau syurga.
SubhanaAllah…
Alhamdulillah…
Allahuakhbar…
Buku ini adalah hasil tulisan penyanyi nasyid muda lagi baharu yang aku ikuti sejak awal 2019. Ustaz Furqan Fawwaz bersama ibu beliau, Umi Anis. Dan bagaimana aku boleh mengikuti awal perkembangan pemuda ini adalah apabila aku terjumpa satu video di Youtube Cover Doa Qunut Nazilah.
Seperti yang kawan-kawan aku tahu tentang diri aku. aku ni seorang stalker berjaya (orang kata lah).. Tapi aku akan bagitahu info tu kepada yang nak tahu dan memerlukan je okay. N one more thing aku cerita info yang baik je okay. Itupun aku akan stalk sesiapa yang betul2 aku nak tahu ja.
Dan sebab itu aku cari tahu
sedikit tentang Furqan Fawwaz ni dengan mengikuti semua medsoc yang dia miliki.
Tapi mostly yang selalu kena update adalah instagram lah… Jap!!! Stop!!! Jangan
fikir yang bukan2 ya. aku bukan nya mental yang dok cari tahu semua benda
pasal seseorang tu. n BTW Ustaz FF ni dah jadi suami orang. lagipun ak ni tua dari ustaz ni kot. aku taraf kakak2 dia lah giteww.
Okay continue… akhirnya aku pun dapat tahu yang sebenarnya Furqan Fawwaz ni merupakan anak saudara kepada penceramah @ pendakwah yang terkenal di Malaysia. Al-fadhilatul Dato' Dr Ustazah Norhafizah Musa. Allahu … sangat idolakan ustazah ni sebenarnya. Sejak itu aku makin suka follow up Furqan dekat medsoc.
So, apa yang aku share atau kongsi pasal buku ni adalah bagaimana ia membuat hatiku mengetuk palu untuk memulakan semula hafalan Al-Quran. Allahuakhbar begitu suci murni nya jiwa penulis-penulis sehingga membuatkan diri berazam kembali untuk memulakan hafalan.
Tajuk buku ni adalah Lembaran Juzuk Cinta. Dan sebelum diorang release buku LJC ni. Lagu LJC dah pun keluar. Di nyanyikan oleh Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz. dengar tajuk ingat buku ni cerita pasal cinta-cinta. tapi bila baca sinopsis pasal budak tahfiz.
Aku ingat lagi sehari sebelum aku jumpa buku LJC ni. Malam tu aku sembang dengan roommate, yelah lama tak jumpa kan. PKP. So aku tanya lah apa ja dia buat masa cuti ni. N mostly dia borak pasal drama korea yang dia tengok. Dan salah satu drama yang buat aku tertarik untuk tengok adalah drama “It’s Okay Not To Be Okay”. Sebab nya drama ni pasal mental illness n so on. Bagaimana kehidupan sesorang tu boleh terbentuk adalah dari bagaimana zaman kecil yang dia lalui. Haaa begitulah yang roommate aku cerita. Aku pun decide untuk tengok lah nanti.
ke esokan nya seorang sahabat yang sangat sukakan membaca buku. Dan taksubnya dengan buku-buku tu, sehingga sanggup habiskan wang sekitar rm500 di usia 21 nya dengan membeli buku untuk di baca. Dan syukur dia memang suka membaca. Hahaha. Kalau yang suka membeli je tapi tak baca payah jugak. Pada malam pertemuan pertama kami selepas PKP, dia memberitahu bahawa dia memiliki buku Lembaran Juzuk Cinta.
Keterujaan aku mendengar sambil
berkata di hati, ‘Ya Allah, tahu-tahu ja budak ni tahu aku tengah stress fikir
macam mana nak dapatkan buku tu’. Sebabnya, masa fasa pertama keluaran buku tu,
perlu dapatkan dengan pembelian secara online. Takda langsung kat kedai buku.
Aku ni manalah reti beli-beli online ni. Apa lagi, Cepat-cepat aku kata aku nak
pinjam buku tu. tapi sekarang dah ada kat kedai okay.
Pada episode pertama sahaja telah membuat air mata ku bercucuran. Allah. berkali-kali membuat aku ingat akan Allah. Perasaan kagum yang teramat.. mungkin aku boleh kata aku tidak pernah duduk dalam biah soleh seperti yang diceritakan di dalam buku LJC. Aku sangat tersentak dengan diri sendiri yang sangat lah daif akan ilmu akhirat. Bahkan mungkin ada ilmu yang tidak teramal. Allahuakhbar.
Watak utama dalam cerita ini adalah seorang budak yang di masukkan kedalam sebuat pusat tahfiz, atas sebab beberapa kejadian ngeri yang sangat tidak boleh terbayang bagimana seorang budak ini hadapinya. menurut apa yang diceritakan, budak bernama Umar ini telah melalui situasi yang sangat mengerikan, dimana Ayah nya membunuh ibu dan adik nya di hadapan mata nya sendiri. Dan Umar juga nyaris menjadi mangsa. Allahukahbar3x. dapat banyang kan tak?? Kita yang bayang sahaja pun sakit. Apatah lagi jiwa kecil si Umar ini. ada satu ayat tu yang buat aku makin menangis , lebih kurang macam nil ah ayat nya, ‘rawat jiwa dengan Al-Quran’. Allah.
Secara psikologinya, memang budak yang hadapi situasi seperti ini pasti mengalami trauma yang besar. Boleh sahaja mempengaruhi sikap dan fikirannya sehingga menjelang dewasa. Aku pun tak tahu sangat pasal teori psikologi ka apakah. Tapi begitu lah. Watak Umi Yati dan Umi Insyirah pula begitu menyayat hati. Perbincangan antara mereka berdua sahaja sentiasa saling mengingatkan akan Allah swt. Bahkan yang membaca ni pun. SubhanaAllah. Tak henti-henti bertahmid, bertasbih dan takbir. Jadi keputusan mereka untuk terima Umar bukan sahaja sebagai pelajar tahfiz di situ. malah, Umi Insyirah dengan lapang nya menerima Umar sebagai anak angkat.
Kes ini pun luar dari fikiran aku jugak, bagaimana umi Insyirah nak jaga si Umar ni sedang dia sendri punya anak-anak yang masih belum membesar. Namun, atas gandingan bersama sang suami Umi Insyirah. mereka mampu hadapi nya serta tidak putusnya mereka mendapatkan bantuan dari yang Pemegang Hati yakni Allah swt.
setelah melalui pelbagai cabaran. ada episode di mana Umar Kena keluar dari tahfiz sebab kena duduk dengan keluarga bapa nya. Selepas umar berusia 18 tahun, umar muncul semula di pusat tahfiz tersebut. Allahu . ada lagi cabaran lain yang perlu di hadap nya. Penulis cuba bagitahu, kalau cabaran dalam nak memasukkan kalam Allah dalam dada ni sangat besar. Lain pula selepas menghafaznya.
okay akau tak leh lah cerita semua pasal buku ni. So, kalau korang nak tahu apa kejadian dengan Umar. Boleh lah cari buku LjC sekarang. Tapi sori aku bukan dropship kea pa. so korang boleh cari dekat kedai buku atau dm terus ustaz furqan fawwaz.
ada satu part sahaja Satu okay. dalam buku ni yang membuatkan aku tergelak. haaaa cuba teka??
Oh BTW ada satu watak dalam buku LJC ni nama dia Ustaz Fawwaz. Tapi tak tahu lah betul ke tak dia tu yang Furqan hahaha.
Aku baca buku tu tak sampai seharian sangat pun. Aku start baca dari mula2 dapat buku tu tak ingat tapi sampai lepas subuh esok nya. Tidur malam tu pun sampai termimpi Umar dengan Umi Insyirah kut.. hahahah walupun tak dapat bayang sangat muka diorang. Dan sehabis aku baca buku LJC ni terus menutup hati aku untuk layan drama korea “It’s Okay Not To Be Okay”. Sebab aku rasa buku ni lah jalan penyelesaian sebenar berbanding drama tu. Walaupun aku tak tengok lagi drama tu.
Buku LJC jelas menyebarkan dan mengingatkan kita kalau Al-Qran lah yang sebenar-benar boleh memulihkan hati kita. Dan apabila hati telah pulih, dari situ lahirlah setiap tindakan yang di lakukan, setiap perkataan yang di keluarkan semua nya baik. Dan yang datang kepada kita semua baik-baik belaka.
Dan yang paling mengajar aku dari
buku LJc ni adalah, kebergantungan kepada Allah. Mesti kuat dan selalu
bergantung. Dan ini pertama kali aku tahu bagaimana Susana di tahfiz. Allahu
Akhbar. Kenapa setelah di usia ku begini baru terbuka mata ku untuk mengetahui
indahnya jika zaman kanak-kanak dahulu di habiskan dengan Al-Quran. Tapi aku masih bersyukur kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang ada ilmu akan Al-Quran.
Sebelum menutup review aku yang
sangat tidak seberapa kali ini, banyak cerita pasal lain adalah. Aku nak saran
kan kepada mereka-mereka yang merasa diri mereka punya masalah yang sangat
besar. Ketauhilah, Allah memberi setiap ujian itu pada hamba yang mampu.
Ok sekian untuk entri yang sangat wording for da fas aim. Hahaha
Semoga bermanfaat. Dan doakan aku
agar istiqomah dalam menambah hafalan. Doakan aku agar mampu membina keluarga Pencinta Al-quran
terbaca satu caption post ig ni yg mengatakan. Menjadi Hafiz itu bukan tujuan. Tapi mati dalam keadaan hafiz itu cita-cita.
MOHON MAAF SALAH SILAP
MOGA ALLAH REDHA
No comments:
Post a Comment