Saturday, September 12, 2015

Tempat baharu. UMS

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum. Ahnyeong. ^^

Rasanya, sebelum nie saya ada share pasal result UPU saya tu kan?? Hehehe. Di mana tu?? Yes.. Univesiti Malaysia Sabah. Kampus induk di Kota Kinabalu. 

So today, I would like to share a few picture during the orientation.. hehehe. Program nie di kenali di UMS sebagai Minggu Suai Mesra or MSM ke-21 sesi 2015/2016.


malam apa sudahh nie pun saya tidak ingat.. haha

sejuk tauu dalam nie.. macam dalam esbok..

sepanjang msm nie kat dalam dewan nie jelahh

Sebenarnya banyak lagi. Tapi malas nak upload. Hahaha. Minggu nie kitaorang dah start kuliah, tutor and so on. Untuk satu minggu nie rasa nya tak da masalah.. tak lah mengeluh sangat. Kalau nak kata penat, memang penat. Nak kata busy, memang busy. Tapi kita tak boleh jadikan semua tu alasan.

Cerita pasai alasan nie. Saya nak share sikit story kat hampa semua. Saya ada kawan… hmm of course la perempuan. Orang nya kecil molek. Tapi dia lah yang paling kuat antara semua kawan-kawan termasuk lah saya.. masa balik cuti sem akhir bulan May lepas ( tamat pengajian di matrikulasi lahh), saya balik dengan kawan-kawan. Malas nak call parents suruh mai amek. Rasa menyusahkan pulak. Perjalanan kami sangatlah panjang dan memenatkan. Al-maklumlah. Jauh bebenor Labuan dengan Sandakan tuu. Dah lah kena angkut barang-barang sendiri.

Hahh sini yang saya nak cerita, kawan saya yang kecil molek nie paling banyak beg dan besaq bak hang. Palling mengagumkan, dia mampu usung semua, dengan angkat ulang alik beg-beg dia tuu. Bukan lambat, cepat kott. Pantas gituu.. yang kitaorang niee. Masya-Allah. Dah lah tuu asyik mengeluh jaa. Dah siap angkat barang dia, dia tolang kami pulak angkat barang.

Hello.. bukan sekali ye angkat barang nie. Dari hostel bwak turun. Dari bawah naik bas lagi. Turun bas bawak pi terminal feri. Dari terminal feri naik feri. Sampai kat menumbok, bawak turun lagi semua beg pegi kat stesen bas. Haa yang p stesen bas nie ada kawan saya lelaki tolong. Hehehe. Kawan je taw. Naik je bas. Alhamdulillah. Lega.. continue perjalanan kitaorang ke Sandakan.
Dalam bas saya ada cakap dekat kawan saya kecil molek nie. “kuat jugak kau angkat beg-beg nie?”. Dia jawab, “mental mau kuat marr, insya-Allah semua jadi.” Senyum. Saya betul-betul sentap. Huhh. Sejak dari tuu, saya selalu persiapkan mental saya. Insya-Allah semua boleh jadi..

Akhir kalam assalamualaikum, sampai jumpa di next entri.

Ehh. Sesiapa minat bigbang!! Say GD. Hahaha. Ok baii

Tuesday, August 25, 2015

homemade Pizza si Marr



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum. Haiii

Hari nie memang terlebih rajin. So, sementara rajin, saya ada sediakan resepi Pizza. Minggu lalu lagi nie buat Pizza. Hehe. Rata-ratanya ramai dah tahu buat pizza nie. Tapi saya tidak peduli. Mau post jugak. hehehe

 Bahan-bahan doh pizza :

1.       2 cawan Tepung Gandum
2.       1 sudu kecil Ragi Instant
3.       2 sudu besar Minyak Sayuran
4.       Air Suam secukupnya
5.       1 sudu kecil Garam dan Gula (tak letak pun tak pa)

Bahan toppings pizza :

1.        Sosej
2.       Keju
3.       Sos
4.       Mayonis

Cara-cara buat doh :

First, kita sebatikan semua bahan kering. Tepung gandum, ragi instant, garam dan gula. Pastu, letak minyak sayuran, gaul lagi bagi rata dan baru tuang air suam sedikit demi sedikit. Sambil tuang air tuu, tangan mesti jalan untuk uli doh tu. Kalau tak, tepung jadi beketul-ketul. Siap uli, biarkan doh selama 30-60 min. Jangan lama-lama sangat biar, sebab nanti dia kebang teramat yang sangat sampai jadi lembik.

ni yang saya uli sendiri . XD

Cara-cara buat toppings:

Untuk toppings pulak, potong-potong ja sosej tuu. Letak sos >> sosej >> mayonis >> keju. Nie urutan letak toppings, kalau ikut saya lr. Ikut suka hati kamu la kalau yang topping nie. Nak letak tomato ka, daging cincang ka, suka hati jak.


yang nie baru nak masak


Masa untuk bakar pizza tu, 20-30 min. jangan sampai hangus yerr.
Maaf gambar yang dah masak lupa nak amik. masak jak terus makan. haha

Selamat Mencuba.

upu Result

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ^^, Haloo.

Harinie baru terrajin owh mo update blog nie. Hahhaha. Kbaii. Sebenarnya, saya tidak rancang pun mo tulis apa untuk entri kali nie. Saya taip jak niee.

Okaii, let me start with UPU. Result UPU dah keluar pada 11 ogos 2015. Huhhh. Bedebar-debar masa nak check guna SMS tu. Sudahlah lambat lagi di reply, bikin panas. Tengok kat Whatsapp dah kecoh dapat Universiti mana-mana.. Hadoii saya nie bila lagi. Lepas solat Zohor.. jeng jeng jeng. 

Tengok fon ada suda nie mesej masuk.>> CELCOM. Ek eleh. Buat orang cemas jak.
Tak lama kemudian SMS result datang. Wahhhh!!! Alhamdulillah. Saya dapat di UMS di KK. Jurusan Kejuruteraan Komputer. Tak lah jauh sangat. orang Sabah jugak bhaiini.. Sebenarnya UMS jurusan nie dalam pilihan ke-3 saya.

 
Pilihan pertama UiTM Jurusan Seni Bina. Ada cita-cita nak jadi arkitek nie dulu samapi sekarang masih.. Tapi teda jodoh. Dan yang ke-2 UTM masih jurusan Seni Bina. Ramai kawan saya dapat nie Universiti. Pun sama bukan rezeki..



Tak terfikir sebenarnya nak dapat jurusan kejuruteraan niee. Hahaha.. Majority kawan-kawan saya dapat kejuruteraan tuu dah semestinya. Sebab masa di matriks dulu kami belajar sains fizik. Kalau tiba-tiba dapat biologi dan sekutu memang something wrong somewhere. Kbaii. So, majority dapat kejuruteraan elektrikal apa kah benda ntah.. kalau elektrik-elektrik nie langsung not in one of my choice. tak apply pun. Jangan Tanya kenapa.

Memang banyak urusan betul nak masuk U nie ponn. Bak kata kawan saya ‘mengurus mo masuk U nie kalah orang mo kahwin owh’. Macam dia tau mo mengurus  kahwin nanti kan?? Hahaha. Alhamdulillah, urusan saya sudah selesai. 31 ogos nie daftar masuk. Wahhh tempat baru, kawan baru.. dapat kah nak biasa kan diri nie. Sebenarnya, penat jugak pindah-pindah. Tapi best oo. Banyak suda kawan saya. Ada yang di Penang, Melaka sudah,Perlis sudah, KL.. and Alhamdulillah saya still contact dorang. Tp time raya baru mo wtspp, mesej2. Hahaha. 


At the same time, saya tengah tunggu tawaran SPA8i. okay yang tu kita cerita nanti.
Saya mo tamatkan entri kali nie dengan serangkap lagu,


Ya Allah jika dia benar untuk ku,
Dekat kan lah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milik ku,
Tabah kan lah hatiku dengan ketentuanMu.


Lagu de hearty- permata yang dicari.

Sebenarnya banyak lagi saya mo cerita, tapi kasi suspen dulu aah.