Bismillahirrahmnanirrahim.
Assalamualaikum..
Mood nak menaip nie pandai datang, tak datang. Macam cuaca kat Sandakan nie. Sekejap hujan pastu panas balik. Kadang mendung macam nak ribut bagai.. akhirnya panas jugak. namun, kita mesti sentiasa bersyukur. Semua nie telah di tentukan Allah SWT. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. ^^
Hari nie dah pun masuk 5 Ramdhan 1436H. Alhamdulillah. Untuk entri kali ni, kita cerita bulan Ramadhan di Malaysia. hihihi.
Cuba ingat balik, masa kamu kecik-kecik nak berpuasa. Mak nak latih kamu berpuasa nie. Mak siap cakap apa. "Adik, kalau adik puasa setengah hari mama kasi 50 sen, kalau adik puasa penuh satu hari nie, mama bagi SATU hinggit." pastu kamu dok kira kalau puasa sebulan agaknya dapat berapa. hahaha. jeng jeng jeng. siapa macam nie dulu-dulu. Alah.. dah besar mesti tahu kenapa kena puasa. Bulan RAMADHAN nie bukan selalu datang. Alhamdulillah kita sekarang dah berada di bulan Ramadhan.
Masa bulan Ramadhan nie, tak sah kalau tak pegi bazaar. Kalah pasar malam. Petang-petang macam tu, ajak mak abah ke bazaar. Masya-Allah. Bau harum ayam panggang tu menusuk hidung sebaik saja keluar dari kereta. tsk tsk tsk. bermacam jenis juadah. laksa ada, nasi ayam ada, mee goreng mamak, rojak, kebab. macam dah senarai apa nak berbuka nanti niee. ish ish ish. banyak sangat pilihan sampai tak terpilih. sebab tu kalau orang yang tamak, beli semua sebab nampak sedap. tapi belum tentu mampu habis kan. tu yang jadi sampai membazir. JANGAN MEMBAZIR, membazir amalan Syaitan.
nasib baik kami duduk kat kampung. tok suruh buat jak kuih-kuih untuk juadah berbuka. tak payah beli-beli. hahaha. kalau ada makanan lebih baik kita SEDEKAH kat jiran-jiran. best apa. ^^. kadang jiran yang bagi. bukan apa. masa nie lah kita nak tingkatkan amal ibadat. kan??
bulan Ramadhan kat MALAYSIA nie sebenarnya sangatlah MEWAH. kalau lalu sepanjang bazaar tuu. mustahil balik tanpa beli apa-apa. di sambut lagi pakcik-makcik yang tengah menjual tu panggil dok suruh kita p beli. TAPI, cuba kita kenang seketika masyarakat ISLAM di Somalia sana. Rohingya.. dan banyak lagi negara Islam yang menghadapi ujian yang besar di bulan Ramadhan ini.
Semalam, kazen saya ada hantar satu gambar kat group whatsaap. gambar tu cerita tentang : seorang Mufti Besar Arab Saudi menangis teresak-esak setelah menerima soalan melalui telefon dalam sebuah rancangan TV live, Panggilan tersebut datang daripada seorang saudara Islam dari Somalia dengan pertanyaan, "Adakah puasa kami sah dan diterima ALLAH SWT sedangkan kami tidak dapat bersahur atau berbuka?". AllahuRabbi. sentap betul lepas baca.
Saudara kita di SOMALIA tidak ada apa-apa yang hendak di makan untuk berbuka dan bersahur, sedangkan kita enak menjamu selera di waktu berbuka dan bersahur aman damai. itu pun masih lagi ada orang yang tidak mahu bangun bersahur.. hmmm. renung-renungkanlah..
ALHAMDULILLAH. ucap kan syukur banyak kepada Allah SWT. atas nikmat yang kita dah terima..
Rasanya sampai, sini jak lah cerita kita. saya harap bulan puasa kita kali ini penuh makna. salah silap harap di ampun.
byeeee. tata.