Tuesday, August 25, 2015

homemade Pizza si Marr



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum. Haiii

Hari nie memang terlebih rajin. So, sementara rajin, saya ada sediakan resepi Pizza. Minggu lalu lagi nie buat Pizza. Hehe. Rata-ratanya ramai dah tahu buat pizza nie. Tapi saya tidak peduli. Mau post jugak. hehehe

 Bahan-bahan doh pizza :

1.       2 cawan Tepung Gandum
2.       1 sudu kecil Ragi Instant
3.       2 sudu besar Minyak Sayuran
4.       Air Suam secukupnya
5.       1 sudu kecil Garam dan Gula (tak letak pun tak pa)

Bahan toppings pizza :

1.        Sosej
2.       Keju
3.       Sos
4.       Mayonis

Cara-cara buat doh :

First, kita sebatikan semua bahan kering. Tepung gandum, ragi instant, garam dan gula. Pastu, letak minyak sayuran, gaul lagi bagi rata dan baru tuang air suam sedikit demi sedikit. Sambil tuang air tuu, tangan mesti jalan untuk uli doh tu. Kalau tak, tepung jadi beketul-ketul. Siap uli, biarkan doh selama 30-60 min. Jangan lama-lama sangat biar, sebab nanti dia kebang teramat yang sangat sampai jadi lembik.

ni yang saya uli sendiri . XD

Cara-cara buat toppings:

Untuk toppings pulak, potong-potong ja sosej tuu. Letak sos >> sosej >> mayonis >> keju. Nie urutan letak toppings, kalau ikut saya lr. Ikut suka hati kamu la kalau yang topping nie. Nak letak tomato ka, daging cincang ka, suka hati jak.


yang nie baru nak masak


Masa untuk bakar pizza tu, 20-30 min. jangan sampai hangus yerr.
Maaf gambar yang dah masak lupa nak amik. masak jak terus makan. haha

Selamat Mencuba.

upu Result

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ^^, Haloo.

Harinie baru terrajin owh mo update blog nie. Hahhaha. Kbaii. Sebenarnya, saya tidak rancang pun mo tulis apa untuk entri kali nie. Saya taip jak niee.

Okaii, let me start with UPU. Result UPU dah keluar pada 11 ogos 2015. Huhhh. Bedebar-debar masa nak check guna SMS tu. Sudahlah lambat lagi di reply, bikin panas. Tengok kat Whatsapp dah kecoh dapat Universiti mana-mana.. Hadoii saya nie bila lagi. Lepas solat Zohor.. jeng jeng jeng. 

Tengok fon ada suda nie mesej masuk.>> CELCOM. Ek eleh. Buat orang cemas jak.
Tak lama kemudian SMS result datang. Wahhhh!!! Alhamdulillah. Saya dapat di UMS di KK. Jurusan Kejuruteraan Komputer. Tak lah jauh sangat. orang Sabah jugak bhaiini.. Sebenarnya UMS jurusan nie dalam pilihan ke-3 saya.

 
Pilihan pertama UiTM Jurusan Seni Bina. Ada cita-cita nak jadi arkitek nie dulu samapi sekarang masih.. Tapi teda jodoh. Dan yang ke-2 UTM masih jurusan Seni Bina. Ramai kawan saya dapat nie Universiti. Pun sama bukan rezeki..



Tak terfikir sebenarnya nak dapat jurusan kejuruteraan niee. Hahaha.. Majority kawan-kawan saya dapat kejuruteraan tuu dah semestinya. Sebab masa di matriks dulu kami belajar sains fizik. Kalau tiba-tiba dapat biologi dan sekutu memang something wrong somewhere. Kbaii. So, majority dapat kejuruteraan elektrikal apa kah benda ntah.. kalau elektrik-elektrik nie langsung not in one of my choice. tak apply pun. Jangan Tanya kenapa.

Memang banyak urusan betul nak masuk U nie ponn. Bak kata kawan saya ‘mengurus mo masuk U nie kalah orang mo kahwin owh’. Macam dia tau mo mengurus  kahwin nanti kan?? Hahaha. Alhamdulillah, urusan saya sudah selesai. 31 ogos nie daftar masuk. Wahhh tempat baru, kawan baru.. dapat kah nak biasa kan diri nie. Sebenarnya, penat jugak pindah-pindah. Tapi best oo. Banyak suda kawan saya. Ada yang di Penang, Melaka sudah,Perlis sudah, KL.. and Alhamdulillah saya still contact dorang. Tp time raya baru mo wtspp, mesej2. Hahaha. 


At the same time, saya tengah tunggu tawaran SPA8i. okay yang tu kita cerita nanti.
Saya mo tamatkan entri kali nie dengan serangkap lagu,


Ya Allah jika dia benar untuk ku,
Dekat kan lah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milik ku,
Tabah kan lah hatiku dengan ketentuanMu.


Lagu de hearty- permata yang dicari.

Sebenarnya banyak lagi saya mo cerita, tapi kasi suspen dulu aah.

Monday, August 3, 2015

Love eat

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...^^

Inspirasi untuk buat entri nie dari drama korea berjudul Let's Eat, lakonan Yoon Do Joon Beast. Haa bagi Kpop Lovers confirm kenalkan? Drama nie selalu buat saya lapar dan nak memasak lepas tengok. Hmm. Memang nampak sedap.



Setiap episode akan berubah-ubah menu makanan dan ada peraturan untuk makan makanan tu. Apa Peraturan tu?? Ala... contohnya  makan yang mana dulu, makan bersama apa, minum dengan apa, supaya rasa lebih sedap dan nikmat.Tapi kadang dorang makan yang tak halal. Yalah.. orang korea peduli apa. Kalau part yang nie terus ubah channel ja. rasa macam nak termuntah balik apa yang di makan. Hikhikhik.

What Shall We Eat Today? ialah salah satu rancangan masakan korea yang menjadi inspirasi saya. Setakat yang saya tengok rancangan nie suka masak Sea Food. Rancangan nie lawak sikit sebab di host kan oleh pengacara yang agak lucu jugak Shin Dong Yeop dan penyanyi Sung Si Kyung. Lepas dorang masak, dorang sendiri yang akan nikmati masakan dorang.



Saya agak suka masakan Perancis, yang menggunakan Kentang sebagai hidangan. Sebab yang tu ja saya tau.. hahaha. I'm not Pro in cooking but just Love eating. kahkahkah. Lagi satu, Pizza. Haa. yang nie saya tahu buat. tak payah susah-susah pi beli.

Rasanya sampai di sini dulu perkongsian saya. Hope you all follow me in next entry.

kalau ada sebarang komen atau pertanyaan, post ja komen di bawah. ^^