Thursday, August 24, 2017

tahun satu di ums ^^

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum.
lebih 2 minggu lagi saya akan masuk semula ke ums. untuk pelajar yang dapat ke UMS. 
Tahniah di ucapkan :)
teringat masa mula-mula dapat tawaran ke UMS kk. rasa seronok pun ada rasa sedih pun ada. seronok sebab dekat ja. hahaha. dekat sabah jugak. sedih sebab hahaha ntahlah. saya pun lupa.

urusan sebelum ke ums saya sendiri yang buat. dari surat menyurat, cop mengecop, medical check up smpailah pmbyaran yuran. Mak Abah saya hntar sya ke UMS.
kalau nak di bandingkan masa saya nak ke Labuan utk sambung belajar di matriks, semua bantuan mak abah saya. lebih-lebih lagi masa nak menghantar tu. kalau di ingat balik. fuhhh. mengharukan. kalau di ingat balik mesti rasa semangat nak belajar tu lain macam.

setiap pelajar baharu yang masuk ke UMS yakni pelajar tahun satu lah, mesti akan dapat kolej kediaman excellent. atau pun student UMS panggil kampung E. ada jugak yang dapat kat kolej kediaman lain. tapi lebih ramai di kampung E. sebab ia kolej kediaman yang besar dan ramai penduduk. 4 blok student perempuan. 1 blok student lelaki. haha sikit nya lelaki. apa yang best ny di kampung E ni  ialah cafe nya. hahaha. cafe dekat Kampung E ni meriah macam food court kat shoping mall. ehh. haha

cafe kampung E ni jugak makanannya sedap-sedap. bukan nak kata makanan dekat cafe kolej lain tak sedap. tapi kemeriahan dan kepelbagaian gerai makanan di sana buat orang tertarik. mungkin di sebabkan ramai penduduk di kampung E.. so, cafe dorang besar dan banyak pilihan.

masa saya tahun satu, saya tinggal kampung E. setiap rumah ada 3 bilik. dan setiap bilik ada 4 orang. tapi kadang ad yang 3 orang atau 2 orang. mungkin korang pernah dengar yang bilik2 di kampung E ni tak se mewah kampung(kolej) lain. kecik, sempit, tak selesa dan macam-macam lagi yang mungkin korang pernah dengar dari makhluk yang kurang bersyukur. sorry to say.ala kolej lain tak mewah mana pun. sekarang ni frasarana yang ada cukup baik berbanding dahulu. tolong lah bersyukur ya.

yg ni ada tiga.. lagi satu dekat depan..

ni meja belajar
p/s: tak banyak gmbar pun. ni perabot lama. sekarang dah baru .


one more thing, untuk kekal dalam kolej kediaman yang sama atau pun nak dapatkan kolej kediaman dalam ums, kamu semua kena lah aktif dalam persatuan ataupun kelab-kelab yang di iktiraf. malangnya, saya mahasiwa yang agak kurang aktif dalam kelab. hmm. dapat kolej kediaman tu dapat jugak alhamdulillah.  cuma bukan di dalam ums. dapat dekat kolej kediaman sri angkasa. kalau nak tau kat mana, cer gugel ya. heheh

namun, atas doa dan usaha. saya dapat kediaman di dalam ums. d kampung CD ataupun student baharu masa tu panggil kolej TF, Tun Fuad. syukur sangat-sangat dapat
di dalam ums. bukan nya apa. kalau di dalam ums ni agak selesa sikit.
kalau nak tahu macam mana saya ble dpat kolej dalam .. jeng jeng..
hahahah. insyaAllah kalau ada masa saya kongsi

saya rasa setakat ni ja dahulu sya ble kongsikan. lain hari lain waktu jika masih ada nyawa, insyaallah di kongsi.

maaf kan diri jika tersalah kata dan sebagainya.

Tuesday, May 30, 2017

Saat Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


saat terakhir semasa aku di SMK Raja Tun Uda.

hahaha

takda makna pun.

tapi dalam seminggu sebelum keluar pindah dari sekolah tu,

ku habiskan masa dengan memotret entah apa yang di fikir semasa lukis pun dah tak di ingat

entah kenapa nak juga publish nie..

mungkin dah takda idea nak buat entri.


masa ni asyik dok layan drama korea tajuk 'Love Rain'

smk Raja Tun Uda pandangan dari tapak perhimpunan

lukis waktu prep petang.

masa berlalu dengan cepat.. 

tinggal memori dalam ingatan 

itupun kalau Allah masih segarkan dalam ingatan

di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa

manfaatkan masa pada bulan Ramdhan Kareem ini sebaiknya

Tuesday, February 28, 2017

Terima kasih kakak penyeri

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
hi ^^. ahnyeong.


sebelum memulakan apa yang saya nak sampaikan. sila buka lagu sebiru hari ini by edcoustic. hahaha

haaa awak-awak semua mesti nak tahu siapa kakak penyeri ni. ehh macam lain pulak cakapanku nii. 
hahaha. takpa mula dari entri ni saya akan cuba sampaikan dengan bahasa yang di paham oleh seluruh rakyat malaysia yang baca lah.. hahaha rasanya takda orang korea kot.

okay back to the title. terima kasih kakak penyeri.

ini bukan lah usrah yang pertama yang saya ikut. bukan jugak saya bermaksud banyak usrah dah saya hadir. tapi entah kenapa tiba2 usrah kali ni membawa saya untuk menyampaikan dan tulis entri ni. kadang kita takut untuk menyampaikan atas sebab takut apa yang disampaikan itu salah, tidak betul, palsu. pastu, apa yang disampaikan itu membuatkan orang rasa annoying. seterusnya, sampaikan sesuatu seperti menegur perkara yang tidak baik padahal sendiri pun buat.

namun, alhamdulillah. saya d beri penjelasan yang lebih dalam menyampaikan.

sampaikan atau menyampaikan yang saya maksudkan disini adalah dakwah.

perlu kah saya terangkan maksud dakwah?? tak perlu kot. hehehe. rata-rata tahu apa tu dakwah.

aktiviti usrah pada kali ni agak menarik dan pelik, berkaitan dakwah. kakak penyeri mula kan aktiviti nya dengan menyuruh kami semua on henfon dan online. hmmm apa lah agaknya akak ni nak suru buat. apa yang di kepala saya, agaknya kakak ni nak suru kita search something kot. tiba-tiba dia suruh pulak kita bkak FB. aik akak ni nak suru kita main fb plak? 

taklama kemudian di suru post d FB apa-apa yang berunsurkan dakwah.
 ouh.
masing-masing fokus apa yang hendak d post d FB nii. orang ramai nampak kt FB nii ramai friend lh kata kan. kalau tak betul ayat buat malu je. sudah lah kita ni ilmu tak banyak.

kakak penyeri pun  mula scroll di FB. melihat adik-adik usrahnya post.

'apa yang kamu buat ni belum cukup' kata akak peyeri dengan lembut.

hmm sentap jugak lah. tapi muka steadyyy ja..

sudah di terangkan dakwah. sejarah dakwah pada zaman Rasulullah. pada zaman para sahabat. kita ni yang ada pelbagai cara, method yang boleh kita lakukan untuk sampaikan dakwah. contonya media. tapi dari ayat yang kita bagi dan cara penulisan kita (sya jak sebenarnya) langsung tak nampak kesungguhan. takda kesungguhan berdakwah. kita tak boleh kata tak layak untuk berdakwah sebab tak cukup ilmu. klau begitu semua orang tak layak. masih banyak lagi ilmu yang belum d pelajari.

kita kena yakin untuk sampaikan sesuatu yang baik. amar makruf nahi mungkar. kita kan nak meneruskan perjuangan rasulullah. kita kena berdakwah. kita belum selamat. kita tak tahu apa yang berlaku jika tidak ada orng yang meneruskan dakwah rasulullah ini. nak ka kita hidup zaman jahiliah tuu. haa!!

bukan marah ye, emosi sikit dekat diri saya yang.. hmmm 

sebenarnya dakwah juga boleh di sampaikan melalui tingkah laku baik. banyak lagi cara dakwah yang boleh kita lakukan.

dakwah secara media selalunya kita buat.

insyaAllah saya akan jadikan blog ni satu medan dakwah. saya pun masih banyak yang perlu dipelajari. mudah mudahan apa yang kita sampaikan di mana pun, di FB ka, twitter, whatsapp, wechat, insta.. dan banyak lagi menjadi saham kita di akhirat.

terima kasih kakak penyeri yang beri semangat untuk menjadi rantai perjuangan Rasulullah.

salah silap dari penulisan saya ini harap ampun.

akhir kalam sama-sama berdakwah untuk Islam.

p/s: kakak penyeri tu c jaiho(ladies) klau korang ada baca post2 sebelum ni.