Thursday, August 24, 2017

tahun satu di ums ^^

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum.
lebih 2 minggu lagi saya akan masuk semula ke ums. untuk pelajar yang dapat ke UMS. 
Tahniah di ucapkan :)
teringat masa mula-mula dapat tawaran ke UMS kk. rasa seronok pun ada rasa sedih pun ada. seronok sebab dekat ja. hahaha. dekat sabah jugak. sedih sebab hahaha ntahlah. saya pun lupa.

urusan sebelum ke ums saya sendiri yang buat. dari surat menyurat, cop mengecop, medical check up smpailah pmbyaran yuran. Mak Abah saya hntar sya ke UMS.
kalau nak di bandingkan masa saya nak ke Labuan utk sambung belajar di matriks, semua bantuan mak abah saya. lebih-lebih lagi masa nak menghantar tu. kalau di ingat balik. fuhhh. mengharukan. kalau di ingat balik mesti rasa semangat nak belajar tu lain macam.

setiap pelajar baharu yang masuk ke UMS yakni pelajar tahun satu lah, mesti akan dapat kolej kediaman excellent. atau pun student UMS panggil kampung E. ada jugak yang dapat kat kolej kediaman lain. tapi lebih ramai di kampung E. sebab ia kolej kediaman yang besar dan ramai penduduk. 4 blok student perempuan. 1 blok student lelaki. haha sikit nya lelaki. apa yang best ny di kampung E ni  ialah cafe nya. hahaha. cafe dekat Kampung E ni meriah macam food court kat shoping mall. ehh. haha

cafe kampung E ni jugak makanannya sedap-sedap. bukan nak kata makanan dekat cafe kolej lain tak sedap. tapi kemeriahan dan kepelbagaian gerai makanan di sana buat orang tertarik. mungkin di sebabkan ramai penduduk di kampung E.. so, cafe dorang besar dan banyak pilihan.

masa saya tahun satu, saya tinggal kampung E. setiap rumah ada 3 bilik. dan setiap bilik ada 4 orang. tapi kadang ad yang 3 orang atau 2 orang. mungkin korang pernah dengar yang bilik2 di kampung E ni tak se mewah kampung(kolej) lain. kecik, sempit, tak selesa dan macam-macam lagi yang mungkin korang pernah dengar dari makhluk yang kurang bersyukur. sorry to say.ala kolej lain tak mewah mana pun. sekarang ni frasarana yang ada cukup baik berbanding dahulu. tolong lah bersyukur ya.

yg ni ada tiga.. lagi satu dekat depan..

ni meja belajar
p/s: tak banyak gmbar pun. ni perabot lama. sekarang dah baru .


one more thing, untuk kekal dalam kolej kediaman yang sama atau pun nak dapatkan kolej kediaman dalam ums, kamu semua kena lah aktif dalam persatuan ataupun kelab-kelab yang di iktiraf. malangnya, saya mahasiwa yang agak kurang aktif dalam kelab. hmm. dapat kolej kediaman tu dapat jugak alhamdulillah.  cuma bukan di dalam ums. dapat dekat kolej kediaman sri angkasa. kalau nak tau kat mana, cer gugel ya. heheh

namun, atas doa dan usaha. saya dapat kediaman di dalam ums. d kampung CD ataupun student baharu masa tu panggil kolej TF, Tun Fuad. syukur sangat-sangat dapat
di dalam ums. bukan nya apa. kalau di dalam ums ni agak selesa sikit.
kalau nak tahu macam mana saya ble dpat kolej dalam .. jeng jeng..
hahahah. insyaAllah kalau ada masa saya kongsi

saya rasa setakat ni ja dahulu sya ble kongsikan. lain hari lain waktu jika masih ada nyawa, insyaallah di kongsi.

maaf kan diri jika tersalah kata dan sebagainya.