Wednesday, August 29, 2018

Khabar untuk dia

Bismillahirrahmanirrahim..


Pepohon cintaku kian merimbun, semakin di cantas makin bertunas.

Sebulan lebih yang lalu aku telah melangkah berangkat ke semenanjung. Bagi meneruskan kisah hidup yang di atur indah Allah swt.

Pernahkah kalian dengar atau terbaca di mana-mana suatu kata-kata yang mengatakan ‘kalau sahabat itu antara asbab kita istiqamah dalam sesuatu amalan atau perbuatan’ ??

Bukan bermaksud kita melakukan amalan atau perbuatan tersebut hanya semata-mata kerana sahabat. Tapi di sebabkan sahabat, kita mampu istiqamah.

Pehe dok.

Namun, sehingga suatu saat kita terpaksa berpisah dengan sahabat tu. Dan di situlah Tuhan mula menguji sejauh mana kita dapat istiqamah.

******
Ya. Aku yakin dan percaya Tuhan sedang uji.

Pernah ku lontarkan soalan kepada seorang ustaz..
“Seperti yang Ustaz tahu, sebahagian batch kami akan bergraduasi, ini bermakna mereka tiada lagi di kampus bersama kami yang tinggal. Yang ada lagi setahun pengajian. Jadi apa nasihat Ustaz pada kami yang tinggal?. Yelah mungkin ada sahabat tu dia tidak kuat tanpa sahabat lain di sisi nya.”
Sedang bicara tanpa sedar nafas menjadi sesak, sebak di dada mula terasa. Air mata mula mengalir.

Hahaha, bila teringat balik. Ketawa sendiri.

Aku bukanlah salah seorang yang tinggal. Tapi aku salah seorang yang pergi meninggalkan.

Sungguh unik perancangan Allah. Walau aku tidak mengerti pada mulanya. Namun atas dasar percaya akan hikmah pasti ada. Redha atas semua wujud dalam hati.

Mana bisa tidak Redha akan ketentuanNya, sedang kita meminta-minta ke RedhaanNya.

*****
Kini,

Ingin ku Khabarkan kepada mereka yang di sana. Kalau aku di sini baik-baik sahaja. Alhamdulillah. Atas doa yang mereka (Mak,Abah, sahabat Syurga) panjatkan. Aku ketemu manusia yang baik-baik di sini.

 Dan seorang yang aku sangat rindukan tutur bicaranya, tidak putus-putus memberi nasihat walau di kejauhan. Mendengar suaranya saja sangat buat aku terasa sebak.

Terima Kasih ku ucapkan.

Moga Allah balas dengan keRedhaanNya dan Syurga bagi mereka.





Monday, June 11, 2018

Kisah Klasik untuk Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

mungkin apa yang patik hendak ceritakan ini tersangatlah membosankan.

Namun tidak mengapa. Patik tidak akan kecewa jika kalian menganggapnya bosan kerana telah patik luahkan pada yang Maha Mendengar deluan. Maka tiada sebarang pengharapan dari kalian.

hahaha

kembali ke zaman 2018

berbalik kepada cerita ataupun kisah yang mungkin menjadi klasik di masa depan.

tidak pernah terfikir oleh ku untuk berperasaan 'di suka' oleh seorang lelaki. kerana hati ku kuat mengatakan tiada lelaki yang benar-benar suka atau sayang seorang perempuan melainkan wanita teragung iaitu ibu atau isteri.

maka aku thabat kan hati untuk tidak tergelincir dan terpedaya dengan mana-mana kebaikan lelaki.

Tuhan mula menguji aku. sejauh mana kekuatan aku untuk tetap teguh. Akibat sama sekali tidak meminta pertolongan Allah untuk bantu aku tetapkan hati ini. Maka hati itu mula lah tergelincir

Tidak tahu mula nya dari mana.

Sikap tanggungjawab si muslimin sangat lah buat aku kagumi. sehingga satu saat aku merasa dia perlu termasuk dalam senarai manusia yang Allah kirim buat aku untuk aku terus kuat dalam menjalani pentarbiyyahan ini.

Ku tulis surat buat manusia-manusia itu termasuklah si muslimin. namun surat itu bukan atas nama si muslimin itu sendiri tapi surat itu ada dua penama. yang seorang lagi ialah muslimat, lain hari aku cerita tentang nya.

Aku mula terfikir. adakah di sebabkan content surat itu si muslimin mula bersikap prihatin terhadap diri ini.?

dan akhirnya bagi menafikan apa yang aku rasa , aku beranggapan kalau "Dia cuma menganggap aku seperti adiknya", Suara-suara ini muncul seperti yang pernah aku ceritakan di entri yang lalu.

Suatu hari aku sedar kalau aku rasa aku perlu mendapatkan kepastian tentang keadaanya. kerana aku suda mula berniat untuk membawa masuk kedalam keluarga ku. Dan seperti yang telah aku ceritakan di entri yang lalu. memang aku tidak punya harapan. alhamdulillah, syukur pada Allah aku cepat Redha dengan berita itu.

pegang pada doa ini

"Ya Allah, andai permintaan ini baik untukku tambahkan lah iman dan ke syukuran ku terhadapMu, andai tidak baik untukku Ya Allah. sabarkan aku, Redhakan lah hatiku, tambahkan keimanan dan kesyukuran ku kepada Mu."

Ini semua kisah klasik yang ingin aku catatkan. biar orang lain tahu. kalau sesuatu perkara yang kita lakukan tanpa meletakkan Allah yang pertama. pelbagai perkara yang bisa merosakkan hati kita.

sekian kisah klasik.








Tuesday, May 29, 2018

Drama Nur Tv3

Bissmillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah kita dah pun hampir 2 minggu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

semalam selepas terawih sempat sembang dengan seorang sahabat ni.

"best ke drama Nur yang selalu kau post dekat status whatsapp tu.?"
"iya, best Mar. Kau try lah tengok. malam ni ep9 sudah."

saya pun ok kan sahaja dan akhirnya terjebak dengan drama samarinda tv3 bertajuk Nur.



 di bintangi oleh Syafiq Kyle sebagai Adam dan Amyra Rosli sebagai Nur.
Malam semalam, drama ni dah pun episode ke 9. dan aku dah tengok ep1 sampai ep9 drama ni tadi pagi. haha marathon drama.

Drama ni mengisahkan tentang seorang gadis lorong yang tidak pernah berputus asa solat demi mendapat rahmat Allah. dan dia bertemu dengan seorang ustaz bernama Adam. Pelbagai persoalan yang Nur tanyakan kepada Adam. 

Di sisi yang lain pula ada cerita mengnai keluarga Adam. Bapa Adam juga seorang ustaz dan penceramah selebriti, beliau sering menasihati anak-anaknya dan tidak pernah melarang Adam untuk berdakwah walaupun di tempat lorong gelap itu. bagi nya itu suatu perkara yang baik dan perlu beliau lakukan di suatu masa dahulu. Ibu dan kakak Adam pula sibuk merancang perkahwinan Adam bersama seorang anak usahawan iaitu dr.Khadeejah. Namun niat mereka menyatukan Adam dan Khadeejah hanya demi kepentingan ekonomi keluarga dan Darul Mukhsin. Darul Mukhsin pula kepunyaan bapa Adam yang lama telah diusahakan dan pengetua Darul Mukhsin itu ialah suami kepada kakak Adam. Banyak kes pecah amanah yang dilakukan oleh pengetua itu sehingga kebajikan anak-anak di Darul Mukhsin itu tidak terjaga. dan banyak lagi kisah-ksah sampingan dalam drama Nur .

Kisah Nur dan Adam itu juga terselit di antara kisah perkahwinan Adam dan Khadeejah. Bila mana Adam merasa kalau dia mula sayang kepada Nur dan masa yang sama tidak lama lagi dia menikah dengan Khadeejah.

part yang paling menyentuh hati part yang Nur berdoa selepas solat subuh di tepi-tepi lorong. episode berapa pun tak ingat dah.

nanti boleh lah tengok drama ni kat tv siapa-siapa yang kat rumah. ajak mak abah sekali.

btw, ost drama Nur ni memang best.





P/s: mana-mana tak betul dan nak perbetulkan boleh komen d bwah




Tuesday, May 22, 2018

Berhenti Berharap


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Doa ku yang mahukan kenyataan yang sebenar-benar telah pun Allah turun kan melalui seseorang.

Aku Redha akan kenyataan itu, kerana siapa lah aku hendak menidakkan kenyataan Nya.

Dan allhamdulillah Allah tidak hadirkan rasa kecewa pada ku.

Malah berharap dia di permudahkan urusan bersama pilihan.

Akhir kalam yang aku terima dari seseorang itu (yang mengirim berita kenyataan itu)
"Semoga M*******H ketemu yang lain lebih baik yang bisa membawa keluarga ke syurga Allah. InsyaAllah."

Aminn. Ya Rabb.

p/s: title entri dari salah satu title lagu sheila on 7. boleh lah search kalau rajin










Friday, May 11, 2018

Suara-suara

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

kata-kata yang pernah bunyi dari anak tekak

"wanita yang tidak cerdik itu adalah wanita yang mudah perasan disuka atas sebab sikap lelaki yang sedang berbuat kebaikan kepadanya. sedang dia tidak tahu bahawa sikap lelaki itu memang suka bantu wanita."

namun dalam tak sedar kata-kata itu memakan diri

bagi menafikan kata-kata itu. wujudkan suara-suara "hanya dianggap sebagai adik"

ya.. makin kuat bunyi "bukan perasan disuka. tapi perasan dia menganggap sebagai adik"

dan yakin Allah yang kirim dia untuk

membantu..
menasihati..
membackup..
memahami..

timbul lagi suara-suara yang mempersoalkan diri

"kau ingat kau boleh anggap dia sebagai abang ke?"

moga aku cepat sedar dari mimpi-mimpi yang di wujudkan Syaiton ini


Wednesday, April 18, 2018

Berita Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Berita Bahagia

sesungguhnya Allah  Maha Besar, Maha Berkuasa dan Maha Adil.

Tiada disangka melainkan buat orang yang bertakwa.

[65 : 2-3]

".... barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar bagi nya."
"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah telah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."

berita bahagia ni di sampaikan oleh penyeri usrah kami. yang pernah aku ceritakan suatu masa dahulu. yang mungkin juga aku pernah bagi nama sebgai jaiho dalam entri lepas-lepas.

tiada kata lagi yang mampu ku ucapkan hanya Allahuakhbar di bibir.

**doakan.. supaya menjadi solehah sepertinya juga

Sunday, April 15, 2018

Pemuiso

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sejak kapan aku meminati puisi sedang aku sendiri bercakap tidak lurus

macam lebih seminggu layan filem-filem indonesia ni.. bermula dari Dilan 1990.
komen untuk filem Dilan. yahh filemnya biasa-biasa aja tuh. hahaha. sebab aku tidak berapa minat kata-kata nya Dilan dan cara pelakon yang melakonkan watak Dilan itu.
bercakap seperti memberi arahan. itu pandangan Mar. jangan marah ya.

dan sampai satu hari mar jumpa filem-filem yang dilakonkan Adipati Dolken.

Aku Kau dan KUA. rasa nya ad cerita dalam entri sebelumnya.

dan antara filem ynag sangat menarik perhatian itu adalah filem "Hujan Bulan Juni" yang di adaptasi dari novel seorang sasterawan yang terkenal di Indonesia.

Filem ni sangat penuh dengan puisi-puisi.

Bahasa yang amat tinggi yang di guna dalam filem ni langsung tidak membuatkan aku stop untuk layan filem ni.

malah di ulang-ulang.

watak Sarwono sangat baik dilakokan oleh Adipati Dolken. dan setiap kali dia membaca puisi-puisi itu seperti membaca mantera. kerana terpukau.

dan merasa dia membaca puisi itu untuk diri yang sedang menonton ini.






abaikan.

ini hanya perkongsian yang mungkin tiada manfaat. jadi abaikan saja.


Pemuiso itu dari perkataan puiso .. typo whatsapp yang selalu aku terbuat bila setiap kali aku mahu tulis puisi. lalu aku wujudkan perkataan typo untuk pemuisi

Monday, April 9, 2018

Musafir

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sejak manusia tiada.
Ku gagahkan diri untuk terjun ke semua program luar.
Hampir setiap hujung minggu tiada di bilik
classmate dan roomate ajak makan, tiada di bilik
ajak keluar tengok wayang, tiada di bilik
nak pinjam asaimen, tiada di bilik
nak pinjam duit... Pun... Tiada di bilik.



minggu selepas manusia tiada..
aku ke Papar
Minggu selepas tu  ke Sandakan
Minggu Kemudiannya  ke Kota marudu
Minggu Seterunya ke Keningau

panas kan sandakan
singgah kundasang itu wajib

kota marudu


and finally Keningau


bukanlah siapa-siapa yang penting pun untuk hadir
hanya mengambil ibrah Permusafiran

setiap permusafiran aku doa.. aku doa.. dan doa.

suatu hari aku rasa doa aku itu tak di makbulkan.

aku mula berfikir, adakah ini di sebabkan dosa-dosa aku?

maka aku muhasabah akan setiap perkara

aku mula cepat tersentuh dalam semua benda

air mata aku mengalir deras..

Rupanya.. dalam tidak sedar.

 Allah sudah pun makbulkan Doa aku.

dan aku sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang aku pinta-pinta dengan Allah.

aku sibuk. ya. sibuk. tiada masa berehat. aku sedar akan kesalahan2 yang aku pernah buat.

itu yang aku mahu.

aku minta dengan Allah agar aku tidak lalai dengan perkara yang tidak bermanfaat dan tidak melihat kesalahan orang lain dengan merasa diri sendiri ja yang betul.


mar , 1April

catatan yang di guna oleh penulis setiap kali menulis (pengaruh filem nya Dilan, 1990)

Berubah Fikiran

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ada satu kisah yang lebih 2 minggu yang lalu.
teringat kembali
gara-gara filem "Aku, Kau dan KUA"


filem indonesia 2014 yang barusan aku nonton.

dan part yang menyebabkn aku teringat kisah 2 minggu lalu itu adalah

part ketika Rico melamar Uci.

"ci.. married yuk"

"hmm.?? lo ngomomg apa barusan?"

"ngomong?? ah nggakk. nggak kok.. nggak ngomong apa-apa kok.lo salah dengar kali.. yuk"

"yuk."



_masing-masing berdiam diri_
_pulang naik motorsikal bersama_
_ditunggang Uci_
_dibonceng Rico_
_akhirnya sampai_
_cut_

"makasih ya kerna lo udah nglamar gue tadi.. lo orang pertama yang ngomong kayak gitu sama gue. gue nghargain itu. ya udah.. gue pulang dulu ya"

"uci.. uci.. tunggu dulu dong.jawaban nya apa.?? kalu lo dengar kenapa lo nggak mo jawab"

"gue mau kasi kesempatan buat lo.. supaya lo bisa berubah fikiran"



...

ya supaya dia berubah fikiran.

itu yang aku mahu jelaskan kepada dia,  2 minggu yng lalu

aku sebenarnya tiada mood untuk berfikir tentang ini.

aku ada banyak hal lagi penting yang kena fikir.

kalau di ikutkan.. cara dia pun salah sebenarnya. cara dia tu yang telah merosakkan apa yang dia harapkan.

akhir kata, semoga dia nampak jeleknya wanita yang pernah dia pilih ni. dan syukur kerna cepat Allah sedarkan dia.

dan sebenarnya aku nak ucapkan terimakasih...




Monday, February 26, 2018

Sakit

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Batuk makin teruk..
Hidung tersumbat..
Air mata mengalir bukan menangis..

dah hampir semiggu begini.
hanya Allah yang mampu menyembuhkannya.

Sebenarnya aku menyesal

walaupun tiada guna

aku tetap menyesal

Sebab aku dah sedar

kalau aku sebenarnya dah abaikan dia.

Tuesday, February 20, 2018

Loghat

 Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hang Pi mana.. Hang Pi mana.. Hang Pi mana..
(lirik lagu)

 Assalamualaikum wbt.
hi

apape pun selamat tahun baru 2018, selamat tahun baru raya cina sekali. haha

lama dah tak update entri ni. jadi nervous sikit.

siapa perasan dalam blog ni. saya tulis entri sat macam orang kedah.. sat macam orang KL, sat macam orang sabah. ?? ada tak? sya pun tak ingat.. ada ka tak.

Mungkin bukan dalam blog ja. dekat dalam whatsapp, twitter, mesej, malahan becakap sekali pun loghat ni pandai berubah.

ok sini saya nak bagitau awak-awak semua.

saya memang asal Sabah. lahir di Sabah. abah orang Sabah, bangsa abah irranun. tapi dalam surat beranak kena tulis melayu.

mak saya asal semenanjung, Pulau Pinang. walaupun sebenarnya mak saya lahir di Sabah. di sebabkan Tok,arwah Tok Wan dan adik beradik mak saya semua dah berhijrah ke Sabah pada tahun.. tak ingat dah saya tahun brpa. so mak saya anak bongsu ni lah lahir kat sabah. dan sekarang semua dah menetap di sabah. yang kat semenanjung tu TokNek, Tok lang Tok njang. smua keluarga jauh.

Nak di jadikan cerita pendeknya. saya ni membesar dengan keluarga sebelah mak berbanding sebelah abah. dari kecik selalu jumpa Tok Tokwan dan ramai lagi Mak sedara Pak sedara saya. yang best nya. Tok Tokwan saya ni.. walaupun dah hampir 50 tahun still becakap loghat utagha. pasai tu lah cucu depa ni dok ketegaq cakap utagha jugak.

ok tu satu..

lain lagi masa kat sekolah. masa sekolah rendah tak da pun budak nak cakap pelat sabah. sebab saya tak cakap 'aku' kata diorang.
yang cakap 'saya' 'awak' ni cuma budak semenanjung.
masyaAllah. hahah bila di ingat balik lawak lah pulak. sebenarnya mak saya tak kasi cakap 'aku'. bedosa kata nya. tapi bila dah besar sikit pandailah jugak cakap 'aku'. haha

bila masuk sekolah kat semenanjung takda sorang pun perasan saya ni budak sabah. sampai lah diorang tanya nama abah. barulah tahu sya ni anak kelahiran sabah. sebab nama abah ni special sikit. rasanya ada satu ja kat dunia ni.

ha sampai lah sekarang ni saya memang ada becakap loghat utagha.
TETAPI dengan orang yang saya selesa becakap sabah memang saya akan cakap sabah..

dekat rumah lagi lah Sabah plus Utagha.
 "hang ni kenapa bha?"
haaa amikk... tak ka pelik kami becakap di rumah. hahaha memang pelik.

sekian cerita pasal loghat...
mana2 ada salah silap. minta ampun maaf.
jumpa lagi di lain entri insyaAllah.
ble komen lah klu nak tanya ap2 ka.