Tuesday, May 29, 2018

Drama Nur Tv3

Bissmillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah kita dah pun hampir 2 minggu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

semalam selepas terawih sempat sembang dengan seorang sahabat ni.

"best ke drama Nur yang selalu kau post dekat status whatsapp tu.?"
"iya, best Mar. Kau try lah tengok. malam ni ep9 sudah."

saya pun ok kan sahaja dan akhirnya terjebak dengan drama samarinda tv3 bertajuk Nur.



 di bintangi oleh Syafiq Kyle sebagai Adam dan Amyra Rosli sebagai Nur.
Malam semalam, drama ni dah pun episode ke 9. dan aku dah tengok ep1 sampai ep9 drama ni tadi pagi. haha marathon drama.

Drama ni mengisahkan tentang seorang gadis lorong yang tidak pernah berputus asa solat demi mendapat rahmat Allah. dan dia bertemu dengan seorang ustaz bernama Adam. Pelbagai persoalan yang Nur tanyakan kepada Adam. 

Di sisi yang lain pula ada cerita mengnai keluarga Adam. Bapa Adam juga seorang ustaz dan penceramah selebriti, beliau sering menasihati anak-anaknya dan tidak pernah melarang Adam untuk berdakwah walaupun di tempat lorong gelap itu. bagi nya itu suatu perkara yang baik dan perlu beliau lakukan di suatu masa dahulu. Ibu dan kakak Adam pula sibuk merancang perkahwinan Adam bersama seorang anak usahawan iaitu dr.Khadeejah. Namun niat mereka menyatukan Adam dan Khadeejah hanya demi kepentingan ekonomi keluarga dan Darul Mukhsin. Darul Mukhsin pula kepunyaan bapa Adam yang lama telah diusahakan dan pengetua Darul Mukhsin itu ialah suami kepada kakak Adam. Banyak kes pecah amanah yang dilakukan oleh pengetua itu sehingga kebajikan anak-anak di Darul Mukhsin itu tidak terjaga. dan banyak lagi kisah-ksah sampingan dalam drama Nur .

Kisah Nur dan Adam itu juga terselit di antara kisah perkahwinan Adam dan Khadeejah. Bila mana Adam merasa kalau dia mula sayang kepada Nur dan masa yang sama tidak lama lagi dia menikah dengan Khadeejah.

part yang paling menyentuh hati part yang Nur berdoa selepas solat subuh di tepi-tepi lorong. episode berapa pun tak ingat dah.

nanti boleh lah tengok drama ni kat tv siapa-siapa yang kat rumah. ajak mak abah sekali.

btw, ost drama Nur ni memang best.





P/s: mana-mana tak betul dan nak perbetulkan boleh komen d bwah




Tuesday, May 22, 2018

Berhenti Berharap


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Doa ku yang mahukan kenyataan yang sebenar-benar telah pun Allah turun kan melalui seseorang.

Aku Redha akan kenyataan itu, kerana siapa lah aku hendak menidakkan kenyataan Nya.

Dan allhamdulillah Allah tidak hadirkan rasa kecewa pada ku.

Malah berharap dia di permudahkan urusan bersama pilihan.

Akhir kalam yang aku terima dari seseorang itu (yang mengirim berita kenyataan itu)
"Semoga M*******H ketemu yang lain lebih baik yang bisa membawa keluarga ke syurga Allah. InsyaAllah."

Aminn. Ya Rabb.

p/s: title entri dari salah satu title lagu sheila on 7. boleh lah search kalau rajin










Friday, May 11, 2018

Suara-suara

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

kata-kata yang pernah bunyi dari anak tekak

"wanita yang tidak cerdik itu adalah wanita yang mudah perasan disuka atas sebab sikap lelaki yang sedang berbuat kebaikan kepadanya. sedang dia tidak tahu bahawa sikap lelaki itu memang suka bantu wanita."

namun dalam tak sedar kata-kata itu memakan diri

bagi menafikan kata-kata itu. wujudkan suara-suara "hanya dianggap sebagai adik"

ya.. makin kuat bunyi "bukan perasan disuka. tapi perasan dia menganggap sebagai adik"

dan yakin Allah yang kirim dia untuk

membantu..
menasihati..
membackup..
memahami..

timbul lagi suara-suara yang mempersoalkan diri

"kau ingat kau boleh anggap dia sebagai abang ke?"

moga aku cepat sedar dari mimpi-mimpi yang di wujudkan Syaiton ini