Monday, June 11, 2018

Kisah Klasik untuk Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

mungkin apa yang patik hendak ceritakan ini tersangatlah membosankan.

Namun tidak mengapa. Patik tidak akan kecewa jika kalian menganggapnya bosan kerana telah patik luahkan pada yang Maha Mendengar deluan. Maka tiada sebarang pengharapan dari kalian.

hahaha

kembali ke zaman 2018

berbalik kepada cerita ataupun kisah yang mungkin menjadi klasik di masa depan.

tidak pernah terfikir oleh ku untuk berperasaan 'di suka' oleh seorang lelaki. kerana hati ku kuat mengatakan tiada lelaki yang benar-benar suka atau sayang seorang perempuan melainkan wanita teragung iaitu ibu atau isteri.

maka aku thabat kan hati untuk tidak tergelincir dan terpedaya dengan mana-mana kebaikan lelaki.

Tuhan mula menguji aku. sejauh mana kekuatan aku untuk tetap teguh. Akibat sama sekali tidak meminta pertolongan Allah untuk bantu aku tetapkan hati ini. Maka hati itu mula lah tergelincir

Tidak tahu mula nya dari mana.

Sikap tanggungjawab si muslimin sangat lah buat aku kagumi. sehingga satu saat aku merasa dia perlu termasuk dalam senarai manusia yang Allah kirim buat aku untuk aku terus kuat dalam menjalani pentarbiyyahan ini.

Ku tulis surat buat manusia-manusia itu termasuklah si muslimin. namun surat itu bukan atas nama si muslimin itu sendiri tapi surat itu ada dua penama. yang seorang lagi ialah muslimat, lain hari aku cerita tentang nya.

Aku mula terfikir. adakah di sebabkan content surat itu si muslimin mula bersikap prihatin terhadap diri ini.?

dan akhirnya bagi menafikan apa yang aku rasa , aku beranggapan kalau "Dia cuma menganggap aku seperti adiknya", Suara-suara ini muncul seperti yang pernah aku ceritakan di entri yang lalu.

Suatu hari aku sedar kalau aku rasa aku perlu mendapatkan kepastian tentang keadaanya. kerana aku suda mula berniat untuk membawa masuk kedalam keluarga ku. Dan seperti yang telah aku ceritakan di entri yang lalu. memang aku tidak punya harapan. alhamdulillah, syukur pada Allah aku cepat Redha dengan berita itu.

pegang pada doa ini

"Ya Allah, andai permintaan ini baik untukku tambahkan lah iman dan ke syukuran ku terhadapMu, andai tidak baik untukku Ya Allah. sabarkan aku, Redhakan lah hatiku, tambahkan keimanan dan kesyukuran ku kepada Mu."

Ini semua kisah klasik yang ingin aku catatkan. biar orang lain tahu. kalau sesuatu perkara yang kita lakukan tanpa meletakkan Allah yang pertama. pelbagai perkara yang bisa merosakkan hati kita.

sekian kisah klasik.