Wednesday, August 29, 2018

Khabar untuk dia

Bismillahirrahmanirrahim..


Pepohon cintaku kian merimbun, semakin di cantas makin bertunas.

Sebulan lebih yang lalu aku telah melangkah berangkat ke semenanjung. Bagi meneruskan kisah hidup yang di atur indah Allah swt.

Pernahkah kalian dengar atau terbaca di mana-mana suatu kata-kata yang mengatakan ‘kalau sahabat itu antara asbab kita istiqamah dalam sesuatu amalan atau perbuatan’ ??

Bukan bermaksud kita melakukan amalan atau perbuatan tersebut hanya semata-mata kerana sahabat. Tapi di sebabkan sahabat, kita mampu istiqamah.

Pehe dok.

Namun, sehingga suatu saat kita terpaksa berpisah dengan sahabat tu. Dan di situlah Tuhan mula menguji sejauh mana kita dapat istiqamah.

******
Ya. Aku yakin dan percaya Tuhan sedang uji.

Pernah ku lontarkan soalan kepada seorang ustaz..
“Seperti yang Ustaz tahu, sebahagian batch kami akan bergraduasi, ini bermakna mereka tiada lagi di kampus bersama kami yang tinggal. Yang ada lagi setahun pengajian. Jadi apa nasihat Ustaz pada kami yang tinggal?. Yelah mungkin ada sahabat tu dia tidak kuat tanpa sahabat lain di sisi nya.”
Sedang bicara tanpa sedar nafas menjadi sesak, sebak di dada mula terasa. Air mata mula mengalir.

Hahaha, bila teringat balik. Ketawa sendiri.

Aku bukanlah salah seorang yang tinggal. Tapi aku salah seorang yang pergi meninggalkan.

Sungguh unik perancangan Allah. Walau aku tidak mengerti pada mulanya. Namun atas dasar percaya akan hikmah pasti ada. Redha atas semua wujud dalam hati.

Mana bisa tidak Redha akan ketentuanNya, sedang kita meminta-minta ke RedhaanNya.

*****
Kini,

Ingin ku Khabarkan kepada mereka yang di sana. Kalau aku di sini baik-baik sahaja. Alhamdulillah. Atas doa yang mereka (Mak,Abah, sahabat Syurga) panjatkan. Aku ketemu manusia yang baik-baik di sini.

 Dan seorang yang aku sangat rindukan tutur bicaranya, tidak putus-putus memberi nasihat walau di kejauhan. Mendengar suaranya saja sangat buat aku terasa sebak.

Terima Kasih ku ucapkan.

Moga Allah balas dengan keRedhaanNya dan Syurga bagi mereka.