Friday, October 23, 2020

Buku Lembaran Juzuk Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Jujur sebenarnya aku bukanlah si ulat buku. Jadi sangat tidak layak untuk aku tulis sesuatu tentang buku atau buat review dan semacamnya. Dan buku yang aku cuba untuk kongsi ini buku yang ke-2 (bukan buku motivasi atau novel2 cinta) aku baca selain dari buku sekolah.. kalau ingat sebelum ni aku pernah cerita pasal buku (novel) warkah cinta berbau syurga.

SubhanaAllah…

Alhamdulillah…

Allahuakhbar…

Buku ini adalah hasil tulisan penyanyi nasyid muda lagi baharu yang aku ikuti sejak awal 2019. Ustaz Furqan Fawwaz bersama ibu beliau, Umi Anis. Dan bagaimana aku boleh  mengikuti awal perkembangan pemuda ini adalah apabila aku  terjumpa satu video di Youtube Cover Doa Qunut Nazilah.

Seperti yang kawan-kawan aku tahu tentang diri aku. aku ni seorang stalker berjaya (orang kata lah).. Tapi aku akan bagitahu info tu kepada yang nak tahu dan memerlukan je okay. N one more thing aku cerita info yang baik je okay. Itupun aku akan stalk sesiapa yang betul2 aku nak tahu ja.

Dan sebab itu aku cari tahu sedikit tentang Furqan Fawwaz ni dengan mengikuti semua medsoc yang dia miliki. Tapi mostly yang selalu kena update adalah instagram lah… Jap!!! Stop!!! Jangan fikir yang bukan2 ya. aku bukan nya mental yang dok cari tahu semua benda pasal seseorang tu. n BTW Ustaz FF ni dah jadi suami orang. lagipun ak ni tua dari ustaz ni kot. aku taraf kakak2 dia lah giteww.

Okay continue… akhirnya aku pun dapat tahu yang sebenarnya Furqan Fawwaz ni merupakan anak saudara kepada penceramah @ pendakwah yang terkenal di Malaysia. Al-fadhilatul Dato' Dr Ustazah Norhafizah Musa. Allahu … sangat idolakan ustazah ni sebenarnya. Sejak itu aku makin suka follow up Furqan dekat medsoc.

So, apa yang aku share atau kongsi pasal buku ni adalah bagaimana ia membuat hatiku mengetuk palu untuk memulakan semula hafalan Al-Quran. Allahuakhbar begitu suci murni nya jiwa penulis-penulis sehingga membuatkan diri berazam kembali untuk memulakan hafalan.

Tajuk buku ni adalah Lembaran Juzuk Cinta. Dan sebelum diorang release buku LJC ni. Lagu LJC dah pun keluar. Di nyanyikan oleh Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz. dengar tajuk ingat buku ni cerita pasal cinta-cinta. tapi bila baca sinopsis pasal budak tahfiz.


Aku ingat lagi sehari sebelum aku jumpa buku LJC ni. Malam tu aku sembang dengan roommate, yelah lama tak jumpa kan. PKP. So aku tanya lah apa ja dia buat masa cuti ni. N mostly dia borak pasal drama korea yang dia tengok. Dan salah satu drama yang buat aku tertarik untuk tengok adalah drama “It’s Okay Not To Be Okay”. Sebab nya drama ni pasal mental illness n so on. Bagaimana kehidupan sesorang tu boleh terbentuk adalah dari bagaimana zaman kecil yang dia lalui. Haaa begitulah yang roommate aku cerita. Aku pun decide untuk tengok lah nanti.

ke esokan nya seorang sahabat yang sangat sukakan membaca buku. Dan taksubnya dengan buku-buku tu, sehingga sanggup habiskan wang sekitar rm500 di usia 21 nya dengan membeli buku untuk di baca. Dan syukur dia memang suka membaca. Hahaha. Kalau yang suka membeli je tapi tak baca payah jugak. Pada malam pertemuan pertama kami selepas PKP, dia memberitahu bahawa dia memiliki buku Lembaran Juzuk Cinta.

Keterujaan aku mendengar sambil berkata di hati, ‘Ya Allah, tahu-tahu ja budak ni tahu aku tengah stress fikir macam mana nak dapatkan buku tu’. Sebabnya, masa fasa pertama keluaran buku tu, perlu dapatkan dengan pembelian secara online. Takda langsung kat kedai buku. Aku ni manalah reti beli-beli online ni. Apa lagi, Cepat-cepat aku kata aku nak pinjam buku tu. tapi sekarang dah ada kat kedai okay.

Pada episode pertama sahaja telah membuat air mata ku bercucuran. Allah. berkali-kali membuat aku ingat akan Allah. Perasaan kagum yang teramat.. mungkin aku boleh kata aku tidak pernah duduk dalam biah soleh seperti yang diceritakan di dalam buku LJC. Aku sangat tersentak dengan diri sendiri yang sangat lah daif akan ilmu akhirat. Bahkan mungkin ada ilmu yang tidak teramal. Allahuakhbar.

Watak utama dalam cerita ini adalah seorang budak yang di masukkan kedalam sebuat pusat tahfiz, atas sebab beberapa kejadian ngeri yang sangat tidak boleh terbayang bagimana seorang budak ini hadapinya. menurut apa yang diceritakan, budak bernama Umar ini telah melalui situasi yang sangat mengerikan, dimana Ayah nya membunuh ibu dan adik nya di hadapan mata nya sendiri. Dan Umar juga nyaris menjadi mangsa. Allahukahbar3x. dapat banyang kan tak?? Kita yang bayang sahaja pun sakit. Apatah lagi jiwa kecil si Umar ini. ada satu ayat tu yang buat aku makin menangis , lebih kurang macam nil ah ayat nya, ‘rawat jiwa dengan Al-Quran’. Allah.

Secara psikologinya, memang budak yang hadapi situasi seperti ini pasti mengalami trauma yang besar. Boleh sahaja mempengaruhi sikap dan fikirannya sehingga menjelang dewasa. Aku pun tak tahu sangat pasal teori psikologi ka apakah. Tapi begitu lah. Watak Umi Yati dan Umi Insyirah pula  begitu menyayat hati. Perbincangan antara mereka berdua sahaja sentiasa saling mengingatkan akan Allah swt. Bahkan yang membaca ni pun. SubhanaAllah. Tak henti-henti bertahmid, bertasbih dan takbir. Jadi keputusan mereka untuk terima Umar bukan sahaja sebagai pelajar tahfiz di situ. malah, Umi Insyirah dengan lapang nya menerima Umar sebagai anak angkat.

Kes ini pun luar dari fikiran aku jugak, bagaimana umi Insyirah nak jaga si Umar ni sedang dia sendri punya anak-anak yang masih belum membesar. Namun, atas gandingan bersama sang suami Umi Insyirah. mereka mampu hadapi nya serta tidak putusnya mereka mendapatkan bantuan dari yang Pemegang Hati yakni Allah swt.

setelah melalui pelbagai cabaran. ada episode di mana Umar Kena keluar dari tahfiz sebab kena duduk dengan keluarga bapa nya.  Selepas umar berusia 18 tahun, umar muncul semula di pusat tahfiz tersebut. Allahu . ada lagi cabaran lain yang perlu di hadap nya. Penulis cuba bagitahu, kalau cabaran dalam nak memasukkan kalam Allah dalam dada ni sangat besar. Lain pula selepas menghafaznya.

okay akau tak leh lah cerita semua pasal buku ni. So, kalau korang nak tahu apa kejadian dengan Umar. Boleh lah cari buku LjC sekarang. Tapi sori aku bukan dropship kea pa. so korang boleh cari dekat kedai buku atau dm terus ustaz furqan fawwaz.

ada satu part sahaja Satu okay. dalam buku ni yang membuatkan aku tergelak. haaaa cuba teka??

Oh BTW ada satu watak dalam buku LJC ni nama dia Ustaz Fawwaz. Tapi tak tahu lah betul ke tak dia tu yang Furqan hahaha.

Aku baca buku tu tak sampai seharian sangat pun. Aku start baca dari mula2 dapat buku tu tak ingat tapi sampai lepas subuh esok nya. Tidur malam tu pun sampai termimpi Umar dengan Umi Insyirah kut.. hahahah walupun tak dapat bayang sangat muka diorang. Dan sehabis aku baca buku LJC ni terus menutup hati aku untuk layan drama korea “It’s Okay Not To Be Okay”. Sebab aku rasa buku ni lah jalan penyelesaian sebenar berbanding drama tu.  Walaupun aku tak tengok lagi drama tu. 

Buku LJC jelas menyebarkan dan mengingatkan kita kalau Al-Qran lah yang sebenar-benar boleh memulihkan hati kita. Dan apabila hati telah pulih, dari situ lahirlah setiap tindakan yang di lakukan, setiap perkataan yang di keluarkan semua nya baik. Dan yang datang kepada kita semua baik-baik belaka.

Dan yang paling mengajar aku dari buku LJc ni adalah, kebergantungan kepada Allah. Mesti kuat dan selalu bergantung. Dan ini pertama kali aku tahu bagaimana Susana di tahfiz. Allahu Akhbar. Kenapa setelah di usia ku begini baru terbuka mata ku untuk mengetahui indahnya jika zaman kanak-kanak dahulu di habiskan dengan Al-Quran. Tapi aku masih bersyukur kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang ada ilmu akan Al-Quran.

Sebelum menutup review aku yang sangat tidak seberapa kali ini, banyak cerita pasal lain adalah. Aku nak saran kan kepada mereka-mereka yang merasa diri mereka punya masalah yang sangat besar. Ketauhilah, Allah memberi setiap ujian itu pada hamba yang mampu.

Ok sekian untuk entri yang sangat wording for da fas aim. Hahaha

Semoga bermanfaat. Dan doakan aku agar istiqomah dalam menambah hafalan. Doakan aku agar mampu membina keluarga Pencinta Al-quran

terbaca satu caption post ig ni yg mengatakan. Menjadi Hafiz itu bukan tujuan. Tapi mati dalam keadaan hafiz itu cita-cita.

MOHON MAAF SALAH SILAP

MOGA ALLAH REDHA

Saturday, September 19, 2020

Belajar mencintai Allah.

Bismillahirrahmanirrahim...

meninggalkan beberapa draft yang mungkin saja akan dihapuskan akibat perubahan niat. dan kini aku ingin kongsikan suatu yang aku rasa 

.

Subhanallah.

Sudah tiba masanya untuk belajar berjinak-jinak ataupun menelusuri jalan mencintai Allah swt. Saat sedang bertatih belajar hendak menjadi orang baik dan Allah telah memberikan kebahagiaan saat melakukan kebaikan. Sebab tidak perlu pun untuk berharap orang lain menghargai. Dan kalau ada sekalipun, semua nya dari Allah swt. Berbuat baik bukan sahaja terhadap orang. Tapi juga kepada diri sendiri. 

Bagaimana yang dimaksudkan berbuat baik kepada diri sendiri?

Tidak menzalimi masa kita sendiri. Tidak mencari hiburan lain selain Allah dalam menenangkan diri sendiri. Permudahkan urusan orang lain dan doakan agar Allah permudahkan urusan mereka,  supaya urusan kita juga Allah swt permudahkan. Sentiasa berkata positif pada diri. “Innallah ma'a ana (sesungguhnya Allah bersama ku)”. Yakin atas setiap kedatangan manusia pada kita, Allah yang hadirkan. Dan Banyaklah lagi.

Nikmat berbuat baik ni sehinggakan kita merasa membahagiakan orang lain itu lebih nikmat. Dan ini semua adalah kurniaan Allah swt. Sama sekali tidak boleh melihat diri sendiri pada kebaikan yang dibuat. Kerana apabila melihat kebaikan pada diri dan berbuat itu kerana manusia, itu bukan namanya berbuat kebaikan. Buat baik nampak mahkluk. Buat baik rasa daripada makhluk. Ini salah.

Tapi orang yang benar-benar menikmatikan kebaikan sampai tidak tahu untuk berkata semacam apa rasanya. Dan merasa kemampuan berbuat baik benar-benar datang dari Allah swt. Tidak tahu untuk memuji Allah bagaimana lagi. Sehingga hati berkata “Ya Allah aku sangat lemah, Engkau bagi aku dapat buat baik”, “Ya Allah aku ni orang jahat tapi Engkau boleh pilih aku untuk berada di jalan berbuat kebaikan dan menjadi jalan kepada orang lain berbuat kebaikan” “Subhanallah puji-pujian apa aku nak puji Engkau ya Allah.” merintih sendiri

Kita tidak lihat lagi langsung diri kita, kita tidak punya apa-apa. Semua nya dari Allah swt.

Jadi pilihan apa yang ada selain mencintai Allah swt. Hairan lah jika sudah memilih jalan kebaikan tapi masih memilih perhatian dan kasih sayang manusia. Hairan. sungguh hairan

Menyeru kembali kepada diri dan juga pembaca. Sama-samalah belajar memohon kekuatan dari Allah swt. Jika sekalipun kita menyayangi manusia, biarlah hasil dari kecintaan kita kerana Allah.

Wallahualam.

-nukilan dari hati Merah Jambu

Sunday, August 9, 2020

OH My Kazens!!!

 

..

Sambil-sambil menaip ni, radio kecil berwarna merah di hadapan aku sedang memainkan lagu nasyid dulu-dulu. Lagu-lagu InTeam, UNIC, Brothers, n banyak lah lagi. So korang yang tengah dok belek-belek blog aku ni pun boleh lah pasang muzik ni. Ok?

Baik Bismillahirrahmanirrahim.

Serius! kemarin-kemarin itu gue lagi gak punya ide untuk nulis sebenarnya. Habis terlalu banyak sih untuk di tulis.. tapi gak ada yang serius. (tetiber indon) Dan takutnya benda yang aku nak cer ni asyik topik yang sama. Jadi aku putuskan cerita-cerita tu di simpan dulu. Sampai satu masa aku akan cer jugak . insyaAllah.

Btw, lately aku punya twitter macam ramai kenalan yang follow back aku. Tak pasti lah diorang memang cam aku or What. I don’t care.

semalam aku tengok gambar-gambar lama aku dengan kazen-kazen aku. So I thought I need to write something about my cousins. Mereka ni kawan baik aku yang pertama selain dari adik beradik dan mak abah aku. Dari kecik.. kalau balik kampung kitorang 4orang selalu berkumpul sama-sama. Hahah. Tapi kitorang tidakk sama umur tau. Tapi masing-masing setahun-setahun.

Yang paling tua is Kakyah. Anak kepada makteh aku. Dia ni seorang yang sangat matang kalau bercakap. Opss. Sebelum tu. Yang aku nak cerita ni bukan masa lalu ja tau. Tapi masa-masa dah besar sekarang ni pun ada n tak lah whole kehidupn nk cerita. And one more thing is, aku takkan post gambar-gambar. Bukan apa, gambar aku sendiri pun aku tak post ok. Apatah lagi gambar family members aku. Wehhh sepupu-sepupu aku cantik2 ok. Kalah retis2. Kang aku post smua emel borang calon pulak. Ok back to the stories, kakyah ni kalau bab memasak dia no.1. dialah orang paling cekap di dapur. Aku kalau jadi lelaki aku suka kakyah ni sebab sifat keibuan dia tu. Jaga budak pandai, memasak pun pandai, pandai berhias (makeup2), pandai cari duit buat bisnes. Haaa kakyah ada bisnes Mee Kuning tau. Tapi di jual di area KK jak lah. Kakyah ni jugak antara sepupu yang aku agak seram sikit bila dia ada mood tak baik. Haha. Jangan main-main. Kenapa Sampai sekarang masih single? Ni kena tanya orang nya. baru 3 tahun tua dari aku tau. So muda lagi ok. Kakyah kalau bab2 bagi nasihat pasal jodoh pun best dengar hahaha. Iyalah dia kan kira kakak yang paling tua dalam grup kazen kitorang.

Next is my kakcik. Anak kepada makcik aku. Oh ya, semua ni keluarga sebelah mak aku ye. Kakcik ni paling senyap. Bagi akulah. Sebab aku jarang sangat dengar kakcik ni becakap. Kakcik pun antara kakak2 yang cekap di dapur jugak. Pernah seingat aku masa kecik-kecik dulu, dia umur 7 tahun aku yang 2 tahun muda dari dia, 5 tahun kot masa tu cubit dia dan marah sebab dia masak telur goreng. Ish3 jahat jugak aku masa tu. Kakcik diam ja. Hahaha. Aku pun tak pasti kenapa aku buat macam tu. Kakcik kecik2 lagi rajin masuk dapur. Kakcik ni pun kira lulus lah untuk jadi isteri orang. Bukan ja memasak pandai, menjahit, berkebun, jaga anak orang pun pandai. Kakcik kira pandai jaga anak sebab dia pernah jaga anak kakak dia. Lagipun kakcik sekarang kerja kat pusat jagaan kanak-knak tak salah aku. Sikap nya yang lemah lembut dan penyabar tu, ngam sangat lah. Kalau kita tengah bercerita, kakcik ni antara orang yang paling baik dalam mendengar, dan setiap pendapat yang dia bagi sangat best. Haa yang ni pun belum ada calon tau.. hahah tapi mungkin tak lama kot. Sebab dia ada kakak dan abang-abang dah kahwin yang boleh tolong carikan dia calon.

Kazen aku yang ketiga ni atas dari aku, maksudnya tua setahun lah dari aku. Kitorang panggil kin. Hahah nama dia syikin. Nama penuh.. kirim salam lah aku nak bagitahu. Haa dia sorang ja yang dah ada calon dan insyaAllah dalam proses. Dia seorang cikgu di sekolah rendah. Si ekin ni kira paling pandai bercakap lah, al maklum lah. Cigu kan dia. Huhuhu. Jadi kalau ada perbincangan-perbincangan dikalangan orang tua, haa dia pandai tu becakap. Perkara atau sikap atau habit atau apalah yang paling takboleh hilang dari dulu sampai sekarang pada si ekin ni adalah, ketawanya. Perghhhhhh… kalau dia sudah ketawa, nahh tiada yang tipu2 punya ketawa memang ada lah tu yang mengenak betul di hatinya. Hahaha. Aku pun takboleh tahan weh. Dia gelak habis, benda tak lucu aku rasa lucu ja. Hahaha. Sebab gelak dia tu . aku tak pernah sekalipun Nampak bad mood dia. Dan paling lucu, sejak bila entah, dia jadi tukang cari jodoh kami semua. Habis semua dia kasi pasang-pasang. Dan yang paling selalu kena tu adalah aku. Adoiiii. Bukan sekali tau, dua kali. Aku tukang layan kan jelah. Tapi aku NEVER EVER amik serius sama laki-laki yang dia cari untuk aku. Hmmm. bukan apa. Test aku ni tak sama dengan orang lain. So biar aku yang cari sendiri. Hahaha. Nanti kita buat slot untuk Calon Idaman AKu k!!. hahaha. Ekin ni antara kazen yang paling rapat lah sebab walaupun dia setahun tua dari aku, tapi tak terpanggil pun dia kakak. N selalu jumpa dengan dia.

Keempat is aku, well aku macam biasa lah. Wanita yang masih dalam perjalanan mencari-cari kebahagiaan. Hahaha

Apa-apapun doakan ya kazen-kazen aku agar mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Aku sayang sangat mereka ni. Nak sangat tengok sampai waktu dimana mereka semua dah ada anak cucu masing-masing insyaAllah..

Maka berakhirlah sudah entry kali. Ini. Lagi seminggu aku dah nak kena balik KL. Bagi meneruskan pencarian ilmu untuk dibawa kembali ke tanah tumpah darah bila tiba waktu nya berbakti semula.