Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
cukup 51 hari aku tinggal di sana selepas terkandas untuk pulang ke kampung halaman pada 19hb mac yang lalu. dan 8hb mei yang lalu aku selamat kembali ke pangkuan keluarga ku.
banyak perkara yang mungkin telah berlaku selama 51 hari tu.
alhamdulillah aku sebenarnya tidak begitu terasa keberatan atau sedih yang teramat apabila aku dapat berita ketika semua penerbangan ke sabah sarawak pada tarikh 19hb tersebut.
aku pun tidak tahu perasaan apa sebenarnya. aku banyak tenangkan diri dengan berkata "semua ni ada hikmah nya"
sampai jak di tempat kami tumpang tu, di sambut dengan sangat baik. diberi barang keperluan, ibarat kami ni mangsa bencana alam lah. hahaha
masa terluang ku di habiskan dengan menonton drama-drama melayu, membaca novel online dan tidak terlepas dari kuliah-kuliah online yang di buat oleh penceramah-penceramah. ibadat-ibadat sunnat yang biasa dapat digandakan. Allahu. rasa nikmatnya lain macam.
Aku terfikir.. adakah jika aku masih hidup dimasa tua ku nanti, dapat aku nikmati sebegini. kerana aku rasa kehidupan aku di sana seperti orang yang menunggu saat-saat bertemu Allah. dan aku tidak tahu bila aku dpaat bertemu lagi keluarga ku.
sehingga aku dapat tahu peluang untuk pulang ke kampung halaman itu mulai menyinari. aku terfikir lagi. adakah jika aku dpaat bertem keluarga selepas ini, dapat aku istiqomah dengan semua ini. Ya Allah. aku sebak. aku takut aku terharu. aku sedih. bercampur baur perasaan ku. Bila Allah mula beri nikmat bahagia itu aku takut ak lupa.
pada Ramadhan ke-7 aku mendapat satu pesanan yang sangat mengejutkan. pasal jodoh. ini mengingatkan aku dengan beberapa manusia. hmm tak palah ini aku ceritakan sahaja di lain hari. insyaallah kalau aku ingat lah.
berbaki 2 minggu ramadhan ni aku nak pulun sehabis baik. doakan aku. bersyukur tidak terhingga kepada Allah swt. dan terimaksih kepada kalian yang mendoakan aku.