Wednesday, June 24, 2020

My Kucing Disyaki Positif Parvo


Bismillahirrahmanirrahim.

Kita semua tahu bumi sekarang dilanda Corona virus. Perebakan nya sangat lah cepat. Vaksin pn belum ditemui. Kata Pengarah kesihatan  Malaysia vaksin kita sekarang adalah penjagaan kebersihan dan penjarakan sosial. Alhamdulillah di Malaysia kes positif yang bertambah semakin rendah, yang telah pulih dan discharge pula semakin bertambah.
Okay… sekarang yang nak dicerita pulak pasal penyakit kucing. Parvo virus. Tak pastilah virus ni sudah wujud berapa lama. Tapi yang pasti virus ni telah menjangkiti 2 ekor kucing kami dan mengakibatkan maut.

Seminggu sebelum masuk Syawal Lepas. si citot alami kemurungan. Mula-mula macam ndak kesah. Sebabnya dia memang kucing yang agak bermalas-malasan. tergerak hati nak main-main dengan si citot. Sekali.. rupanya, si citot didapati mulutnya berdarah macam ada kesan terkoyak di hujung mulutnya. Pastu kasi dia makan pun dia tak nak. Esok nya takda orang rumah kami layan dia. Sebab taktahu nak buat apa dengan mulutnya yang mula berbau (padahal terlampau banyak kucing mo dilayan sampai tak telayan ><).

Si citot yang 2 3 hari tak makan hanya di beri susu sahaja dengan mulutnya berbau, kucing-kucing lain pun takda yang mau kawan atau bermain dengan nya. Hahaha. Ada satu scene tu.. hahaha lawak kalau di ingat. Si citot ni 4 beradik. Si combi, ci chetom dengan si briii adik beradik nya. Ada suatu petang tu diorang bekumpul . si citot pun macam nak join. Yelah mungkin dia nak cergas2 jugak lah takkan asyik baring ja, tak sihat lah nanti –  saya fikir. Adik beradik nya ni semua keliling si citot sambil hidu2. Hahahahha. Pastu kena tampaq manja pulak dia oleh si brii. Aduhai. Sebab bau musuk mulut nya tu kot. Hahaha. Takda nak kwan dia.

(mula dari bawah sekali) si Combi. si Citot, si Chetom


Petang tu jugak si citot datang dekat tok yang tengah lepak tengok Tv . pastu tok tengok keadaan si citot, terus tok suruh amik madu lebah. Tok sapu madu tu kat mulut si citot. tak sangka 2 3 hari tok sapu mad utu walupun sampai ada satu hari tu mulutnya di hurung semut. Hahah sebab manis madu, akhirnya baik.

Tapi si citot bukanlah watak utama dalam cerita ni. Hari kedua mulut si citot sakit, malam tu dia tidur bersama-sama si chetom dan si combi. Mereka tiga ekor ni adik beradik yang boleh di katakan kembar seiras sikit. Si Brii sahaja yang lain dalam 4 beradik tu. Keesokan harinya, si chetom dan si chombi mengalami kemurungan jugak. Tapi kalini adik yang amat perihatin dengan kucing-kucing di rumah ni dia pun siasat apa yang jadi kat 2 ekor ni. (sebenarnya si chetom dan si combi antara kucing kesayangan sebab tu cepat tindakan di ambil). 

2 hari dah si chetom dan si combi tak mahu makan dan minum. Sedang si citot pula beransur pulih. Si Brii pulak aktif bermain seperti biasa. Walaupun adik beradiknya tidak berapa sihat tetapi ada kucing2 yang lain untuk teman dia bermain. Risau jugak sebenarnya, kalau dia terkesan dengan apa yang berlaku dengan 3beradiknya tu.

Nak buang air pun macam taka da apa nak dibuang oleh si chetom dan si combi. Makan minum tak mahu tapi tetap bagi paksa dia minum air sebab nanti dehidrasi pulak diorang (adik yang kasi, adik dah jadi macam perawat kucing kat rumah kami). Malam ke-3 mereka berdua semakin tenat. Bau busuk teramat yang sangat pada mereka semakin menjadi. Dua-dua terlantar. Hanya perut ja jadi tempat kami untuk tahu sama ada mereka masih bernafas atau tidak. Lepas Iftar dan selesai tunaikan solat maghrib, si chetom dan si combi jadi tumpuan kami semua. Si combi yang paling kelihatan tersiksa sebab dia paling kecil dan tidak bermaya. Antara 4 ekor adik beradik , si combi paling kecil dan agak terbantut.

“ya Allah ambil lah dia cepat”- adik. Tak sanggup kami lihat sudah walau hati teriak cepatlah sembuh. Tak banyak hari bersamanya tapi muka comel nya tetap di ingat.
Selapas solat isyak , periksa lagi keadaannya . masih lagi terlantar. Dilanjutkan dengan solat sunat terawih yang di imam oleh adik bongsu. Selepas selesai doa. Cepat-cepat adik periksa. Adik teriak.. Mak!! Nampaknya Allah dah makbulkan. Si combi sudah pun di ambil  Allah deluan. Menangis adik tak terkata. Yalah dia yang rawat kucing2 tu. Kami semua tak tahu jugak nak cakap apa. Pegang badan  si combi jadi keras. Agak lama jugak dia dah meninggal.
Adik larang kucing-kucing lain hidu2 si combi dan si chetom. Adik syak diornng ni mungkin kena penyakit berjangkit. Si combi di masukkan dalam plastik. Kawasan dibersihkan dan si chetom yang berada di samping si combi saat kematiannya kelihatan tenat juga.
Pagi-pagi selepas subuh mak dah kebumikan si combi. Si chetom macam biasa, adik urus. Dan kami buat percubaan beri dia suku biji Panadol. Kut kutlah menjadi, dan hilang penyakitnya..
Malangnya si chetom mendapat nasib yang sama pada malam selepas kematian si combi. 

Selepas membuat beberapa pembacaan tentang penyakit kucing. Mungkin si combi dan si chetom positif Parvo Virus. Kalau di baca symptom-simptom yang dihadapi mereka berdua ni sama dengan symptom parvo virus tu.

jadi itulah kisah kucing kami yang mati sebulan yang lalu.

mana-mana maklumat atau fakta yang tidak betul mengenai Parvo ni boleh comment di bawah dan tambah ja mana-mana fakta yang tertinggal

maaf salah silap kalau ada ya. salam bahagia semua.
 




Thursday, June 11, 2020

Dialog Picisan

" kau ada lesen kereta ka ?"
kata aku "teda"
"nanti balik sandakan ambil lah ya, ada tu cigu perempuan ajar memandu di Gabungan."

itu mungkin dialog pertama kami
sebuah dialog picisan
namun tetap aku ingat sehingga kini.

*****

kecewa??
tidak.
hanya merasa lega.

Doa kan pada Allah.

jika doa ini baik untuk ku, makbulkan lah

insyaAllah semuanya akan tenang.

masih sempat kan.

Salam Lebaran buat warga pembaca

jangan lupa puasa Syawal Enam


.
.
.
.