Thursday, July 9, 2020

Bulan Juni Happy Birthday


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Bulan juni telah meninggalkan kita hampir 2 minggu. Sempat saja banyak perkara yang tejadi di bulan itu atas aturan Tuhan. Bulan juni, tanggal 5 setiap tahun yang tidak pernah di sambut melainkan tidak berada dirumah. Seumur hidup hanya ada 2 kali sambutan yang buat aku menangis.

Yang first, masa dekat matrik. Tanggal 5 Jun itu jatuh pada hari khamis, dan telah aku diajar untuk mensyukuri akan pertambahan umur itu dengan berpuasa sunat. So, nak di jadikan cerita hari tu aku puasa sunat. Memandangkan minggu tu minggu ke 2 duduk di matrik, so kawan-kawan ramai tak tahu birthday aku bila. yang tahu Cuma kawan sekolah lama yang dapat masuk matrik bersama.
Kawan sekolah lama bila masuk matrik, masing-masing dapat kelas lain dan masing masing ada kawan baru. So aku yang tidak berapa pandai nak berkawan ni hmmm. Kawan lama baru semua tak pandai nak layan. Lebih memilih untuk gerak sendirian lama untuk mencari, menelaah, meneliti mana yang baik untuk aku ikuti.

Rutin harian aku hari itu seperti biasa. Cuma agak keletihan yang amat. Aku pun tidak mengerti. Andai kerna tiada seorang manusia sekeliling ku yang ‘wish’ birthday aku, itu sangat mustahil. Cukup mak dan abah sahaja yang ucap dan mendoakan. Waktu semester pertama di matrik aku masih belum punya Whatsapp. Jadi takdalah banyak notification yang masuk untuk ucap selamat kat aku. Dah 18tahun pun belum ada android kan.. hahaha . Dipetang hari aku membeli juadah untuk berbuka di surau al-irfaan. Selesai solat isyak ingat nak rehat di surau tu sekejap bagi menangkan kepala yang masih pusing.

Kawan sekelas aku sewaktu tingkatan 5, maizatul dan midah yang Alhamdulillah sama-sama dapat masuk matrik tu tiba-tiba muncul di sebelah ku ketika aku belum sempat berehat. Katanya ada hal mustahak dan mengajak aku pergi ke bilik si yeyes. Sempat aku berfikir, diri sendiri belum aku penuhi hak nya, aku nak kena urus pasal orang lain ka pulak. Setelah diam beberapa saat, lemah dan agak manja aku menjawab “ mai saya tidak sihat lah sekarang ni… bleh ka saya skip. Mo berehat bha. Kamu pegi lah” Di paksa lagi. Katanya aku mesti pegi. Badan ku ditarik-tarik dan digoncang.. si kawan lagi satu sibuk mengemas pakaian solat ku. Tanpa befikir panjang, mulut lepas agak sedikit marah “mai midah, saya penat bha, kamu tau ka hrini bufday saya. Biarlah saya berehat bha”.
Lantas mereka memberitahu kalau sebenarnya si yeyes sakit. Jadi dia ajak untuk pergi tengok dia di bilik. BTW yeyes is one of my clssmste masa tingkatan 5 also. Duduk sejenak. Siap tudung labuh ku dipakaikan. Dalam hati aku ‘ya Allah si yeyes sakit, tak palah, mudah mudahan asbab aku pergi ziarah orang sakit ni, Allah sembuhkan sakit kepala ini..’ masa ni aku masih belum menjadi pemakan Panadol yang tegar. Haha tapi tak lama tegar tu.. “bha jumlah.”. bangun habis siap kemas terus menuju ke blok si yeyes yang tidak jauh dari surau tu. Blok aku yang paling jauh dari surau. Sempat aku singgah kedai koperasi untuk membeli sesuatu buat yeyes. Tapi mai hlang untuk aku membelinya katanya mau cepat.

Sampai ja di bilik yeyes, terus tanya yeyes yang sedang duduk elok dalam bulatan seperti usrah bersama ada lagi kawan sekolah lama, “Yess, kamu sakit ka? Mau ubat?”. Mai dan midah yang tadi di belakang ku tiba nyanyikan lagu Happy Birthday To You. Allahu… macam biasa orang yang cepat terhibur ni cepat jugak terharu, sebak dan terus mengalirkan air mata.
So.. macam tu lah crita sambutan hari lahir aku yang ke 18 tahun. First time kena sambut ok. And the second time is when… aku dah 22 tahun. Haa ni aku tak bleh cerita biarlah rahsia.
The main purpose for this entry bukan aku nak cerita pasal sambutan ni. Tapi aku nak cerita list banda yang aku nak bila time hari jadi aku. Hahaha

Walaupun aku tahu readers tak mampu nak bagi pun sebab tak kenal aku hahah Or maybe ada yang kenal tapi duduk jauh jauh or dia tak kisah sangat. Its okay.
Next time aku up ok.



.