Bismillahirrahmanirrahim...
meninggalkan beberapa draft yang mungkin saja akan dihapuskan akibat perubahan niat. dan kini aku ingin kongsikan suatu yang aku rasa
.
Subhanallah.
Sudah tiba masanya untuk belajar berjinak-jinak ataupun menelusuri jalan mencintai Allah swt. Saat sedang bertatih belajar hendak menjadi orang baik dan Allah telah memberikan kebahagiaan saat melakukan kebaikan. Sebab tidak perlu pun untuk berharap orang lain menghargai. Dan kalau ada sekalipun, semua nya dari Allah swt. Berbuat baik bukan sahaja terhadap orang. Tapi juga kepada diri sendiri.
Bagaimana yang dimaksudkan berbuat baik kepada diri sendiri?Tidak menzalimi masa kita sendiri. Tidak mencari hiburan lain selain Allah dalam menenangkan diri sendiri. Permudahkan urusan orang lain dan doakan agar Allah permudahkan urusan mereka, supaya urusan kita juga Allah swt permudahkan. Sentiasa berkata positif pada diri. “Innallah ma'a ana (sesungguhnya Allah bersama ku)”. Yakin atas setiap kedatangan manusia pada kita, Allah yang hadirkan. Dan Banyaklah lagi.
Nikmat berbuat baik ni sehinggakan kita merasa membahagiakan orang lain itu lebih nikmat. Dan ini semua adalah kurniaan Allah swt. Sama sekali tidak boleh melihat diri sendiri pada kebaikan yang dibuat. Kerana apabila melihat kebaikan pada diri dan berbuat itu kerana manusia, itu bukan namanya berbuat kebaikan. Buat baik nampak mahkluk. Buat baik rasa daripada makhluk. Ini salah.
Tapi orang yang benar-benar menikmatikan kebaikan sampai
tidak tahu untuk berkata semacam apa rasanya. Dan merasa kemampuan berbuat baik benar-benar
datang dari Allah swt. Tidak tahu untuk memuji Allah bagaimana lagi. Sehingga hati
berkata “Ya Allah aku sangat lemah, Engkau bagi aku dapat buat baik”, “Ya Allah aku
ni orang jahat tapi Engkau boleh pilih aku untuk berada di jalan berbuat
kebaikan dan menjadi jalan kepada orang lain berbuat kebaikan” “Subhanallah
puji-pujian apa aku nak puji Engkau ya Allah.” merintih sendiri
Kita tidak lihat lagi langsung diri kita, kita tidak punya apa-apa. Semua nya dari Allah swt.
Jadi pilihan apa yang ada selain mencintai Allah swt. Hairan
lah jika sudah memilih jalan kebaikan tapi masih memilih perhatian dan kasih sayang
manusia. Hairan. sungguh hairan
Menyeru kembali kepada diri dan juga pembaca. Sama-samalah belajar memohon kekuatan dari Allah swt. Jika sekalipun kita menyayangi manusia, biarlah hasil dari kecintaan kita kerana Allah.
Wallahualam.
-nukilan dari hati Merah Jambu