Friday, December 9, 2016

Tidur di Masjid

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t


Minggu-minggu nak Exam ni, emosi manusia semakin pelik dan jujur aku sebenarnya tak mampu nak hadap. Emosi sendiri pon tunggang tebalik.



seorang sahabatku telampau hebat berkata-kata dalam penulisannya mula mengadu dekat aku.

" aku dah hancurkan hidup aku sendiri, aku rasa lantai ground floor kat biwan ni lagi sedap untuk aku terjun. nasib aku ingat tuhan"

aku kata apa kat budak ni, 'hg tu tingkat satu ja, klau terjun bukan mati teruihhh.'. 

aku asyik dok dengaq masalah orang masalh aku sendiri aku tak paham-paham.

aku ada maslah dengan team, project aku.. . Istighfar istighfar, Astaghfirullah halazim.

macam mana pun aku tetap kena kerah dorang. the project is not only for them. for me also. kena buat bagus-bagus jugak. for carry mark. adoiyayyyy. 

stress sampai makan lebih had dan mengalami sakit perut dan makanan tidak dapat di hadam dengan baik. 
lepas solat maghrib isyaak still sakit. tidur sekejap kat masjid. sekali bangun balik dah pkul 2 pagi. alahaiiii. kesian roomate. ingat aku hilang. hahaha. lepas subuh baru balik bilik.

alhamdulillah lepas tu aku dah tak sakit dah.

pagi-pagi jalan sendiri menikmati udara segar. manusia eksiden yang aku cerita tu hari, picit hon motor dia sambil sebut Takbir!! . dan sampai d bilik roomate masi tido.

keluhan yang panjang ini tidak baik di baca oleh sesiapa yang punyai masalah yang lebih besar.




Thursday, November 24, 2016

manusia yang berkerut

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum wbt

minggu ni berlangsungnya Tamu Gadang di UMS. bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah lulus sahaja ataupun lulus dengan cemerlang yang akan konvo nanti. mungkin kalau dekat Universiti lain di panggil Pesta Konvo. kan?? ke salah??

haha. minggu ni jugak  ada 3 peristiwa yang peliks dalam diri yang tidak pernah mengharapkan apa-apa dari manusia lain.

malam yang kebiasaannya akan menghadap henfon sepanjang malam. tengok whatsapp, insta, twitter, facebook and wechat. habis semua media sosial di jenguk, yang heran nya tak pandai bosan. Tapi malam tu agenda nya berubah pulak. malam tu p usrah bagi mengisi masa yang sebenarnya tak berapa lapang. Namun, syukur alhamdulillah, banyak benda yang aku dapat. walaupun tak membawa kepada kenaikan carry mark calculus yang hampir nazak. tapi membawa kepada kenaikan iman yang susah ko dapat di dalam henfon.

jarang sekali untuk katakan sibuk dengan pelajaran, asaimen mahupun projek. hahaha. bukan takda. tapi aku jenis tak suka cakap ,  'semua ni berat lah..' 'telampau banyak tugasan..' 'dah tak sanggup bawa semua ni'.. tak masuk lagi tugasan kelab.. tak masuk lagi urusan hidup..



selalu dengar keluhan dan luahan dari sahabat yang berat dengan semua-semua ini. dan apa yang mampu katakn "sabar jelah..". aku sendiri banyak benda yang nak luahkan. tapi aku rasa klau luah meluah ni bukan selesai pun. Luah dengan Allah swt dah lah. insyaAllah Hati jadi sentiasa redha dengan apa yang berlaku. hmm Tapi tak sangka c jaiho(ladies) ni mampu membuatkan aku luah segala-gala nya dengan dia. MasyaAllah. macam mana dari tak mampu cakap jadi mampu. tangisan yang tetiba keluar membuatkan jadi ringan untk katakan semuanya.. nasihat yang diberi, amal surah Taha ayat 1-6. Syukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan c jaiho nii. 

selesai subuh, henfon tetiba becahaya. tepapar nama SAKIAH. tanya sama ada nak pegi ka talk dekat dewan nanti. di sebabkn takda kelas, dan jarang sekali Dr. Nazrul nak cancel kelas. dengan itu kepala ni membuat keptusan  untuk sambung tidur dan tak p pun talk tuu. sejam kemudian, dikejutkan dengan henfon yang kali ini terpapar nama ABAH, 

"assalamualaikum, kak. kami di ranau suda ni"

mamai mamai ku terus hilang. dan tidak percaya. haaaaa abah nak datang. walaupun atas urusan lain. hati tetap bahagia. dapat jumpa lagi my dongsaeng.. huhhuhu. syukur alhamdulillah masa free harini dapat diisi dengan meluangkan masa bersma dua budak lelaki yang macam baru balik dari hutan mana-mana ntah. hahah. abah p brurusan dan dua budak2 di titipkan buat ku . habis duit di kerjakan.

hari kedua orang ramai berjualan di Tamu Gadang. kami betiga tapi macam di dunia sendiri dengan henfon. bukan tidak meraikan apa yang dua macik palapes tu sembangkan tapi tengah melayan orang yang mencari aku di whtsapp, sampai di call. apa yang penting sangat pun ntah. sepanjang gerai langsung tidak di lihat kiri dan kanan. besesak-sesak macam mana pun kaki tetap melangkah perlahan. hingga tidak sedar macik2 palapes yang menjdi bodyguard sebentar tadi hilang dari pandangan.. 

teguran yang berulang-ulang dari manusia yang baru sebentar tadi aku dapat berita yang dia eksiden motor, membuat aku tersedar yang aku dah seperti budak sesat di pasar malam. berhenti menghadap telepon, berdiri menatap manusia dengan wajahku yang kebingungan..



tidak sempat nak mengeluarkn sepatah kata pun pada manusia tu, tangan ku di tarik oleh sorang macik palapes ni dan membawa ku pergi.alaa yang macam dalam drama korea tu.. BF dia taknak GF dia sembang dengan laki lain terus tarik GF dia bawa jauh-jauh. alahai..sama je pun klau aku ikut korang dua pun aku hanya seperti anak yang ikut mak abah nyaa p pasar malam. dan di belikan makanan. haha. tq dua cik palapes.

masih lagi bermain di fikiran, macam mana keadaan manusia d gerai yang aku tak singgah pun. nampak riak wajah nya macam ok ja. 'nampak dia bejalan tadi macam pengkak-pengkak'. Allahuakhbar. ramai lagi yang risau akan manusia tu. aku tak perlu kot. bagus risaukan diri sendiri.


dan sepanjang hari aku menjadi manusia yang berkerut mukanya. berkerut tidak bermaksud fikiran kusut atau hati tak tentram. tapi kepala membuat keputusan untuk mengerutkan muka.





Thursday, November 17, 2016

bila Mak soal macam polis

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum wbt

Lama nya tak bukak blog, update.. tak besawang pon. hahaha
sekarang dah pun di tahun kedua. cepat sangat masa berlalu. beberapa hari yang lalu, call mak, 

"mak taklama lagi kakak balik" 

"ehh, ykh. bila hg cuti? bkan bulan 1 ka hg kata cuti sem."

"alaa, ndak lama lg tuu mak"

"haa, yalh. jadi mak tak pyah kasi hg duit lh ni kn." 

speechless teross. hahaha.

empat hari selepas tu, aku pegi balik hometown, tak bagi tahu mak abah. satu jam sebelum gerak call mak.

"mak. kakak balik sandakan"

"eh bila? kenapa? cuti ka? naik apa?"

"harini.. Otw suda"

"aik dah malam ni, nak balik buat apa. kalau setakat rindu nak balik, takpayah lah kak."

"kami nak pegi walimah kawan.., kak ina. dekat bt16" (bahsakan diri kami)

"kenduri ny bila, takkan nak balik malam-malam ni, naik apa?"

"kawan"

"kawan? kereta ka? siapa drive? lelaki ka pompuan?"

"iya kereta, ada jugak c nini dengan ain nanti. yang drive laki-laki"

"aii kak.. pandai ka jugak dia drive malam-malam tu"

"insyaAllah. ok jak tu mak."

"mak tak mau bagi tau abah lagi, nanti kena kakak. jangan lh kakak tidur sepnjang prjalan tuu"

"ya mak. kami ok jugak."

"bukan ap. penat tu c driver, malam-malam lagi, dia sorang ja ka lelaki"

"ada lagi sorang"

"ha yelah. nanti ganti-ganti lh tu kn dorng memandu.  jadi kakak balik rumah ke ni?"

"mak taknak bagi tau abah., jadi kami ndak balik lah.."

"haa yelah. suru orang memandu jangan bawa laju-laju."

"tapi mak.. kalau lambat-lambat mak nanti mengantuk pemandu, abah lah yang cakap. hehehe"

"hmm. kalau sampai nanti call tau."

"baik mak"

macam mana lah aku jadi mak nanti, hahaha SAYANG MAK !!!







Thursday, June 2, 2016

Ramadhan tiba lagi...

Allahhuakhbar..

Allahhuakhbar..

Allahhuakhbar..

Astaghfirullahhala'zim
Astaghfirullahhala'zim
Astaghfirullahhala'zim
Alhamdulillah kita mulakan dengan ummul kitab Al Fatihah.

oke, macam ustazah lah pulak. Eh, takkan nak jadi ustazah baru nak mulakan semua ni. Tak nak ke kita, semua benda yang kita lakukan itu di berkati Allah. insya-Allah kan??

hari ni 2 june 2016. sesiapa yang lahir pada 2 june ni, di ucapkan tahniah dan takziah lah ye.. umor dah semakin meningkat, amal pun perlu d perbanyakkan lagi.

aduhhhh.... aku tak siap banyak benda ni, assignment, quiz, final project, ada program kelab lagi nak urus, nak kena buat report lah bagai dan tak lama lagi final exam. masya-Allah.. sibuk mengalahkan perdana menteri dah ni.rasanya perdana menteri pun tak macam ni.

Sahabat-sahabat, RAMADHAN dah nakk tiba, walau sesibuk mana pun kita, kita perlu cuba buat persediaan Ramadhan.
saya pun student jugak, lebih kurang seminggu lebih lagi nak Final Exam. untuk IPTA kitaorng lah. so, masa exam nanti dah masuk bulan  Ramadhan. Waktu tu jugak kita nak study, waktu tu jugak kita perlu buat ibadah lebih..

Saya ada baca artikel mengenai Persediaan Menyambut Ramadhan. and will share with you all. insyaAllah

yang pertama, JAGA KESIHATAN. kenapa kita perlu jaga kesihatan?? Yelah, bulan puasa ni kita kena jaga kesihatan kita, makan makanan yang berkhasiat, sentiasa dalam keadaan bersih (mandi), tidak terlalu stress. nanti bila dah masuk bulan ramadhan ada yang tak larat nak lah, malas nak pi terawih.., JANGAN jadikan puasa sebagai alasan.

yang kedua, buar research tentang PUASA. contonya, cari tau tentang perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa atau perkara membatalkan puasa, dan sebagainya.

yang ketiga, MELAZIMKAN IBADAH SUNAT. saya tahu readers di luar sana, insyaAllah selalu melakukan ibadah-ibadah sunat mungkin lebihh dari saya sendiri. jadi saya ingin menyeru kepada semua, buat DIRI TERCINTA jugak, agak sama-sama menjadikan ibadah sunat itu sebagai RUTIN kita. Sampai kan tertinggal pun rasa macam ada yang tak kena pada diri.

seterusnya,  menjaga MATA, LIDAH dan TELINGA. sahabat-sahabat, puasa ni bukan menahan lapar je ye. kita perlu jaga perkara-perkara berikut juga.

sebenarnya banyak lagi, kamu boleh cari jak d internet. maaf saya perlu berhenti di sisni. lain hari kita bersua di penulisan seterusnya, insyaAllah. wallahualam.

Sunday, March 27, 2016

Fuyoo!! Belogger bhaini.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum... Ahnyeong ^^.

Baca tu tajuk entri. 

"uinaa, orang sabah rupanya, aku fikir orang utagha".- sabahan reader.

hahaha, saya memang asal Sabah ya, tuan-tuan puan-puan sekalian. tapi becakap memang campoq utagha sikit, mana taknya. duduk dengan Tok yang dah tinggal kat sabah ni hampir 50 tahun, dan loghat utagha Tok masih tak lekang.

so, takde masalah kan kalau saya rojak sikit loghat ni. 


*****


"c mar.. belogger bhaini."

"kau mo jadi femes macam Fatin Liyana (blogger jugak) ka?"

"ndak lama buat video ni dia macam Matluthfi (dari blogr p vlog)"

" hang ada blog ?"

"macam mana awak buat blog ek?"

"kalau teda pengisian yang bermanfaat, baik ndak payah".

"adakah orang mo baca blog kau tu?"

Take a breathe. diam jap. its not take a long time not to answer them. tapi aku rasa malas nak jawab. aku banyak kerja masa tu.

yang paling last tu paling ' Bikin panas'. hahaha. tidaklah.

...................................................................................................................

Kenapa sy buat belog.?


saya buat blog ni memang pada mulanya sebab nak saja-saja. dan saya jadikan hobi. ini blog ke-3 tau tak. yang lain tu dah delete. saya memang suka baca blog orang pastu belajar macam mana nak buat blog. mula cuba menulis, ayat memang sangat tunggang langgang. maaf cikgu BM.. huhu.

sebenarnya saya tak kisah pun orang nak kata apa. hahaha. itu hak dorang.
tapi kalau nak suruh orang stop blogging tu.... hmmm

hmmm. hampa p buat surat yang ada tandatangan orang-orang yang setuju suruh aku stop blogging, kalau lebih 50% student ums, aku tak nak stop jugak. hahaha. mungkin tangguh blogging ja kut.

Saya akan cuba memperbaiki penulisan saya. hehe. dan sharing yang bermanfaat insyaAllah.

ingat tujuan kita di muka Bumi.

mencari REDHA ALLAH.

 saya nak jugak blog ni jadi SAHAM PAHALA. 

Kalau ada salah dari segi penulisan saya, atau saya tulis benda yang membuka aib orang lain, memfitnah orang lain, memburuk-burukan orang lain, TOLONG bagitahu dengan segera.

comment jak di bawah tu ya.

saya akan perbaiki. tak pun delete teruihh. yelah nanti mati tak sempat nak delete macam mana?


.................................................................................................................

 Sempat ka nak tulis blog ni?

Sebenaqnya tak sempat pun, ni cuma type n save, draft seminggu yang lalu punya ni sambung balik. hahaha. 

"kau buat blog macam ko tak de assingment"

hmmm. yang ni tak berapa nak setuju.  Assignment saya banyak gila kot!

"dah tu apa lagi yang hang dok mengadap blog tu, pi lah buat kerja"

assingnment sentiasa ada, siap satu tambah lagi satu. tapi kan saya dah cakap, belog ni untuk release tension saya. means bila dah siap kerja atau hampir siap, ada masa buat lah.

lagi pun bukan sekali tulis teruih panjang ni. mak oiii. aku ni tak rajin lah nak menulis panjang-panjang ni.

.

rasanya sampai d sini sahaja. malaih nak tulis dah. Salah kata Harap di maaf kan..










Saturday, March 12, 2016

Jangan pandang rendah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Mendengar luahan kawan-kawan, terus terang saya kata, saya tak berapa nak fokus atau ambil tau kalau ceritanya yang pasal boyfriend ka? kawan dia ka? sebab saya tak kenal dan tak pernah nampak pon. Lain lah kalau saya kenal, mungkin ada jugaklah curious tu sikit.

Tapi mendengar si kawan ni punya cerita, sangat menarik perhatian saya.



[  Dari kecik sampai besar, dari tadika sampai sekolah menengah aku tak pernah lagi jumpa lelaki yang bukan sahaja baik, dan ada rupa malah dari segi akedemik dan kokum juga tidak kurang hebat.

Semasa di sekolah rendah, mendapat surat dari pelajar lelaki itu tidak ada maksud bagi ku. diorang hanya buang kertas sahaja. ejaan pun tidak betul ada hati nak hantar surat kat orang. bukan aku mahu berlagak seperti seorang puteri yang sedang memilih putera yang ada rupa lagi bijaksana. tapi aku rasa geli.
majoriti, pelajar perempuan termasuk aku yang selalu mendapat keputusan yang cemerlang. jadi aku tak pernah hiraukan lelaki. meraka bukan saingan aku, mereka hanya teman aku main.

'budak-budak' lelaki yang suka kirim surat ni bukan dari rakan kelas aku sendiri. sebab diorang tahu aku. kenal aku. bahawa aku bukan lah gadis yang feminin. cantik itu bukan bermaksud feminin. aku suka pukul dorang, tampar, cubit sampai menangis kadang kala.
bukan aku berlagak tomboy, tapi memang itu aku suka buat. masa tu, perkataan tomboy pun aku tak tahu.
kawan lelaki aku gelar aku pontianak, sebab setiap kali aku teriak bunyinya seakan pontianak. lelaki dan aku seperti genk yang tiada bezanya antara lelaki dan perempuan. mungkin masa tu belum tahu dosa.

Naik ke sekolah menengah, mungkin aku jadi lebih feminin sedikit, aku tahu jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. dan aku rasa lebih berhati-hati dalam kelakuan aku.
masih sama, aku masih lagi rasa di sekeliling  aku hanya perempuan yang terserlah. lelaki hanya tenggelam. Aku sebenarnya bukan lah mencari atau tercari-cari lelaki yang hebat, cuma... entah lah.
atau mungkin aku sudah menganggap yang aku hebat sehingga aku pandang rendah dengan semua lelaki.

masa berlalu, pencapaian semakin meningkat, alhamdulillah.

Sampai pada satu tahap, aku merasa seperti orang bodoh bila berhadapan dengan lelaki. Aku tidak pernah terfikir akan dunia luar sangat berbeza dengan dunia sekolah yang pernah aku alami.

]

Saya berani menceritakan ini, kerana si kawan sendiri telah  mengizinkan.


*salah silap harap maafkan






Saturday, February 27, 2016

Like 'Cheese in the trap'

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 
 
Assalamualaikum... Ahnyeong ^^

Sapa tau drama Korea 'cheese in the trap'.?? Angkat kening. Hahaha. Kenapa saya jadikan tajuk drama ni sebagai tajuk entri untuk Kali ni. Haaa. Nak tahu??



Rasa nya bagi siswa siswi d luar sana mesti dah start first kuliah, dapat lecture baru, tengah urus yuran dan yang paling penting, manage your time table. Al maklumlah, first week lagi semua benda sibuk.Tapi, habis kelas, balik hostel sempat pulak tengok drama korea(diri sendiri).
 Bagi adik-adik yang masih bersekolah, meh nak gi tau, semua jadual kelas, masa dan lecture di tentukan oleh student sendiri. Hebat kan?? Jadi, siapa nak kelas pagi ka, tengah hari ka, malam ka, nak lecture yang ni, tak nak yang tu, semua kita boleh manage. Tapi kena bijak atur masa. Jangan sampai clash dengan kelas lain dan setiap lecture yang mengajar ada kuota students yg dperlukan. 
So, kalau lecture yg korang suka tu dah penuh kuota, terpaksa lh ambil lecture yg lain mungkin juga masa yang lain.

Apa yang sa mok cerita sini ada kaitan dengan drama Korea kite ni. saya pun tak tau sangat apa maksud d sebalik tajuk 'cheese in the trap'. Belum habis lagi tengok drama ni. yang pasti drama ni di adaptasi dari sebuah komik. hmmm 



Tak sangka korea pun mengalami prosess yang sama dalam menyusun jadual kuliah mereka. Hahaha. Dan apa yang terjadi dekat Hong Seol dalam drama tu, sebijik jadi kat aku wehh. Tapi part yang dapat boyfriend senior, hensem pulak tuu, tak lah happen in my life. tapi doa2 jelah. Part yang sebijik, bila nama takda dalam senarai lecture. 
Ahhh!!! Padahal aku dah daftar . macam mana boleh tak da. Aku sangat lah suka lecture tuu.. Patutlh ramai sangat orang dalam dewan kuliah waktu tuu, sebab 25% orang yang dlam kuliah tuu PTI(pendatang tanpa izin) kata madam. Means dorang tak daftar kelas nii, tapi nak jugak masuk.



saya sudah check slip pendaftaran kursus dan kursus tu masih ad. Huhh.. Selamat. Boleh jadikan bukti yang aku bukan PTI. Hahaha. Maybe, madam tu belum update name list kot, sebab tu yang tecicir nama aku. hadoiyayy..

Minggu pertama di semester 2 ni pun dah berlalu, Hujung minggu nie lah kita kena manfaat kan masa dengan sebaiknya. tengok drama boleh, jangan lebih sangat.. Bila dah busy nanti, hmmm, paham2 lah ya.


Thursday, January 21, 2016

Kundasang Mari!!

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum. Dah lama tak update blog nie. Huhuhu. 
Busy dengan kehidupan reality yang lagi nyata.

Untuk entri kali nie, saya nak share program that I joined yang di jalankan di kundasang Sabah. Yeah!! Excited sangat.. padahal selalu sangat lalu kat kundasang tu, dari Kota kInabalu ke Sandakan. Hahaha. Tapi tak pernah jalan-jalan kat sana. Kalau berhenti kat kundasang pun untuk beli sayur-sayuran .

Bulan November 2015 yang lalu saya ada menyertai program anak angkat di kundasang. Program nie di anjurkan oleh Kokum Baktisiswa UMS. Nak jadikan cerita nie pendek, grup kitorang seramai 9 orang (ramaikan) jadi anak angkat kepada encik Hathilin Nordin. Mampukah encik Hathilin dan keluarga  jaga 9 anak gadis UMS? Hahaha.

Sebenarnya En. Hathilin dan keluarga tinggal di kampung sebelah. But don’t worry, kampung tu still kat Kundasang. Keluarga nie memang sangat peramah. Mama Indah, isteri en Hathilin kata, diorang selalu terima anak angkat dari pelajar Uni. Dan ini pertama kali anak angkat dari UMS.
Kitaorang sangatlah beruntung, sebab asyik di bawa berjalan-jalan semasa di kundasang..

crew baktisiswa seksyen 2


Readers jangan tekejut lagi terkentut tau.. program nie di buat selama 2 hari 1 malam ja. Macam tvShow korea 2days 1night pulak. Hahaha sekejap ja kan klau di fikir balik. Tapi kami rasa macam lama ja kami duduk kat sana, kenal dengan keluarga angkat. Terasa lama sangat. 

Selepas program ni, en Hathilin dan keluarga ada dating melawat kami ke UMS pada hujung minggu semasa Karnival Tamu Gadang yang berlangsung selama seminggu. Tak sangka keluarga en Hathilin masih ingat kami, setelah sebulan tidak bertemu.

Harap dapat ketemukan mak abah dengan mereka. Hehehe. Jangan di Tanya kenapa. Hohoho.
Rasanya sampai sini jelah.. sampai ketemu lagi ya!! 


*gambar takde sticker blog.. malas nak edit.