Saturday, March 12, 2016

Jangan pandang rendah

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Mendengar luahan kawan-kawan, terus terang saya kata, saya tak berapa nak fokus atau ambil tau kalau ceritanya yang pasal boyfriend ka? kawan dia ka? sebab saya tak kenal dan tak pernah nampak pon. Lain lah kalau saya kenal, mungkin ada jugaklah curious tu sikit.

Tapi mendengar si kawan ni punya cerita, sangat menarik perhatian saya.



[  Dari kecik sampai besar, dari tadika sampai sekolah menengah aku tak pernah lagi jumpa lelaki yang bukan sahaja baik, dan ada rupa malah dari segi akedemik dan kokum juga tidak kurang hebat.

Semasa di sekolah rendah, mendapat surat dari pelajar lelaki itu tidak ada maksud bagi ku. diorang hanya buang kertas sahaja. ejaan pun tidak betul ada hati nak hantar surat kat orang. bukan aku mahu berlagak seperti seorang puteri yang sedang memilih putera yang ada rupa lagi bijaksana. tapi aku rasa geli.
majoriti, pelajar perempuan termasuk aku yang selalu mendapat keputusan yang cemerlang. jadi aku tak pernah hiraukan lelaki. meraka bukan saingan aku, mereka hanya teman aku main.

'budak-budak' lelaki yang suka kirim surat ni bukan dari rakan kelas aku sendiri. sebab diorang tahu aku. kenal aku. bahawa aku bukan lah gadis yang feminin. cantik itu bukan bermaksud feminin. aku suka pukul dorang, tampar, cubit sampai menangis kadang kala.
bukan aku berlagak tomboy, tapi memang itu aku suka buat. masa tu, perkataan tomboy pun aku tak tahu.
kawan lelaki aku gelar aku pontianak, sebab setiap kali aku teriak bunyinya seakan pontianak. lelaki dan aku seperti genk yang tiada bezanya antara lelaki dan perempuan. mungkin masa tu belum tahu dosa.

Naik ke sekolah menengah, mungkin aku jadi lebih feminin sedikit, aku tahu jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. dan aku rasa lebih berhati-hati dalam kelakuan aku.
masih sama, aku masih lagi rasa di sekeliling  aku hanya perempuan yang terserlah. lelaki hanya tenggelam. Aku sebenarnya bukan lah mencari atau tercari-cari lelaki yang hebat, cuma... entah lah.
atau mungkin aku sudah menganggap yang aku hebat sehingga aku pandang rendah dengan semua lelaki.

masa berlalu, pencapaian semakin meningkat, alhamdulillah.

Sampai pada satu tahap, aku merasa seperti orang bodoh bila berhadapan dengan lelaki. Aku tidak pernah terfikir akan dunia luar sangat berbeza dengan dunia sekolah yang pernah aku alami.

]

Saya berani menceritakan ini, kerana si kawan sendiri telah  mengizinkan.


*salah silap harap maafkan






No comments:

Post a Comment