Bismillahirrahmanirrahim..
Hampir sebulan berada di tahun 2020.
Untuk tahun yang ramai manusia katakan Malaysia sepatutnya dah ada kereta terbang dan sebagainya. dan aku tidak lah mengharapkan apa-apa yang sangat besar perubahan dari segi teknologi Malaysia. aku hanya harap Allah lindungi Malaysia dari bala akibat perbuatan manusia.
seperti biasa, menulis untuk satu entri ni bukan lah mengambil masa singkat, hampir berhari-hari juga. memikirkan content yang harus di lontarkan.hmmm. adalah beberapa manusia ni tahu yang aku ni berblogging. siap tanya lagi. "apa konsep blog kau ni?", ada pulak yang komen, "aku tak faham langsung tulisan kau". yang paling bikin panas. "Blog tu untuk luahan ja buat apa.. tak bermanfaat langsung".
entahlah aku tak salahkan anasir-anasir ini pun. ada betul nya pada dia. tapi setiap orang beza cara baca, pandangan, dan hayati. dan sebenarnya aku tak terjejas langsung dengan kata-kata mereka. tapi ada lah sikit geram. pastu lantak lah. hahaha. cuma .. ahrghh entahlah.
cuma ada 3 orang yang aku kira sebagai Fans aku dalam dunia penulisan blog ni.
sebenarnya aku sendiri tidak pasti adakah mereka benar-benar mengerti, apa yang aku contengkan di muka pink ni. namun setiap kali berkongsi atau buka cerita pasal penulisan yang aku tuliskan f2f, walau tidak banyak, buat hati ku sebak terharu.
sebagai seorang yang jarang meluahkan apa yang terisi di hati kepada orang ramai, namun ada yang mengerti di dalam tulisan ku, dan seronok ketika membaca nya. sangatlah mengharukan. lagi-lagi Fans yang baru ni. lagak nya sehingga aku ingin ceritakan tentang nya suatu hari nanti di dalam blog ini.
ya, aku sendiri kadang lupa konsep atau aku memang takda konsep dalam blog ni.content nya mungkin cuma luahan. namun, bagi orang yang tidak mudah untuk menceritakan segala nya dalam lisan nya dan susah untuk cari manusia untuk diluahkan, memilih untuk di muntahkan segala nya ke tulisan. dan jangan risau, respon yang kurang itu sama sekali tidak menjejaskan. telah ku ceritakan segala nya pada yang Maha Mendengar.
Tidak pasti ada lagi tak manusia sejenis aku ni.
ok. beberapa hari yang lepas. aku sendiri tidak pasti sama ada aku telah melukakan seseorang atau macam mana.
macam mana ya nak mula kan cerita..
aku sendiri tak ingat haritu atau hari sebelumnya yang aku agak serabut. nak mengamuk pun tak leh sebab memang salah sendiri. so macam biasa. hampir semua orang aku sapa. adalah kot beberapa orang. juga tidak pasti mengapa. aku yang tak nak sapa atau dia yang tak mahu pandang muka aku. lantak lah.
malam nak bertemu dengan adik-adik bulatan. jalan sendiri dalam kegelapan. terlihat kelibat seseorang yang di kenali. serba hitam dia maju. semakin dekat, dia mula beralih haluan. tangan nya cepat menyapu air mata yang mengalir di pipi.
dengan hati yang tidak senang melihat babak itu. cepat-cepat tahan dan tarik tangan nya dan bawa dia ke bahu jalan. "kenapa menangis?". soalan maut yang bikin orang tambah mau menangis. hmmm. memang tak di jawab lah..
tangan ku di genggam kuat. bahu pulak jadi kapas buat serap semua tangisan nya. dan menyebabkan aku sendiri turut menangis. agak lama babak ini di bawah lampu. orang lalu lalang mulai ramai. aku pun dah tak ingat apa yang aku cakap kat dia masa tu.
usapan belakang nya buat dia bikin sebak dan tidak dapat menghentikan tangisan nya. aku biarkan. biarkan biarkan. biar dia menangis selama mana dia mahu.
tidak lama kemudian dia menyuruh aku pergi. aku pun tak mahu cakap banyak, aku suruh dia tidur dan banyakkan rehat.
tangisan ku masih berbaki, kerisauan masih terasa. persoalan yang pelik mula timbul. 'kenapa dia menangis?', 'dia ada masalah ka?'. beberapa pesanan suara ku hantar bagi menyedapkan hati.
malam sebelum tidur, satu lagi pesanan suara ku hantar. dan akhir nya di 'reply'. pesanan suara akhir tu buat aku lega. aku minta maaf jika aku yang buat dia menangis sehingga begitu teruk sekali.
bila fikir-fikir semula. aku rasa itu satu babak yang amat berharga bagi aku. Allah kirim seseorang buat aku sedar yang masalah aku tidak lah begitu besar. melihat sahabat dalam kesusahan adalah anugera. yang aku maksudkan sini bukan lah aku suka tengok sahabat dalam kesusahan. tapi aku dapat yang aku tak patut merungut pun bila ada masalah. tapi aku perlu lebihkan masa ku dengan Allah. yang besar adalah Allah. ALLAH kan MAHA BESAR. tidak ada yang besar selain Allah.
so, setekat ini sahaja entri kalini. esok adalah birthday rumet. nak fikir jap. apa aku nak belikan dia. huuhu
apa-apa pun selamat bercuti esok. CNY. yang muslim tak yah gatai pasang tanglung kat rumah.
peace yo.
ps; sori kalau ada yang typo. this entry for the fisrt time direct post tanpa jadikan draft lebih dari 5jam.wow. di muntah kan terus, harap tak abu ok.
Friday, January 24, 2020
Tuesday, January 14, 2020
Omong Kosong
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bicara tentang kehidupan...
Seperti nya sudah masak dengan kehidupan yang telah di
laluinya.
Seperti nya tidak ada satu pun yang tidak pernah di lalui.
Seperti semua nya telah di lalui.
Baik sedih, gembira, bahagia, ketegangan, kehancuran,
kebangkitan.
Namun, adakah setiap dari kita, semua perkara itu sama,
situasinya, waktunya, umurnya, kekuatannya, dan manusia yang bersama nya ketika
semua itu berlaku... adakah sama?
Tidak.
Jadi, mengapa masih bicara seolah – olah sama situasi kita.
Sama kekuatan kita. Sama apa yang di rasa.
Benarkah segala yang di bicarakan itu benar-benar meletakkan
sepenuhnya berada di tempatnya.
Biarkan kamu berfikir, biarkan aku berfikir, biar kita semua
berfikir.
Renung dan termenung.
Apa solusi terbaik bagi hadapi manusia seperti ini.
ps; ini semua omongan kosong, gara-gara kosong isi nya. abaikan jika merasa sakit lagi pedih.
Wednesday, January 1, 2020
Terjebak dengan Korea.
Bismillahirrahmanirrahim..
Semakin menghampiri ke tahun 2020
Banyak perkara yang telah berlaku, banyak benda yang dah
berubah,
Tidak tahu dari mana nak mula ceritanya ni.
Jujur ku katakan, banyak perkara baharu dan mencabar tahun
2019.
Dari jasad hingga ke hati sendiri, semua nya di uji.
So, untuk Entri kali ini tak nak lah cerita semua yang sakit
lagi menyakit kan.
Tapi nak cerita yang menyeronokkan pun.. hmm.. macam tak banyak..
Akhir tahun 2018, dengan tiba-tiba nya aku start tengok
Produce 101 S2.
Ya ya tahu…
Wanna One dah nak bubar baru tahu Wanna One wujud. Hahahaha
Then I realized one thing, “wah… lama nya dah tak minat
korea hahaha.”
Tapi sebenarnya tak pernah pun lah tinggalkan sepenuhnya.
Minat sikit-sikit tu ada, tapi ada time nya jak.
Harini patik rasa teruja untuk tulis tentang bagaimana
sebenarnya patik boleh terjebak dengan korea.
Zaman kecil ku di temani dengan kakak-kakak sepupu yang
minat drama korea. Dari drama Stairway to Heaven, Autumn in My Heart, Full
House, My Girl, My Sassy Girl Chun Hyang, Goong. .. sampailah boleh beza mana
satu cakap orang korea dengan cakap orang cina. Masa tu tengok drama di 8tv,
kadang di Ntv7. Jadi drama korea tu di tukar cakapannya jadi cakap orang cina.
Huhu. Jadi kazen-kazen saya ni siap beli CD drama korea lagi, jadi tahu lah
macam mana yang original orang korea ni cakap.
Pastu waktu 2007 dah start tengok KPOP2 sebab dah reti bukak
KBSWorld dekat astro. Huhu. So apa lagi tengok lah Music Bank. Pastu masa tu
suka tengok variety show yang ada masa tu, Invincible Youth, Let’s Go Dream
Team. Haaa apa lagi.
Masa tu mak tak marah teruk lagi lah.. sebab takda lagi
sapa-sapa artist drama korea atau KPOP yang aku minat gila. Just suka-suka
macam tu ja. Cuma mak tak bagi lah kerap sangat tengok.
Sampai lah masuk asrama. Semua tak percaya budak mata sepet
yang pakai tudung ustazah dan wakil hafazan boleh minat korea.. siap beli CD
drama korea bawak p asrama lagi. Hahaha.curi-curi bawa kot.. huhu. Habis satu
asrama di hasut. Hahaha tu zaman sekolah.
Adik pulak masa aku Tingkatan 3 dia start minat KPOP. Dia punya
minat lagi power dari aku hahaha. Siap beli album. Print gambar poster idol
kpop. Syukur aku tak macam tu. ><. Buat habis duit je.
Namun sejak aku mula masuk matrik. Alhamdulillah suatu
nikmat yang tidak terhingga. Aku mula berkenalan dengan usrah kelompok. Bersama-sama
sahabat. Dulu waktu sekolah ada ja usrah. Tapi dia lebih kurang ja dengan
kuliah ustaz atau ceramah . masa matrrik tu aku betul-betul manfaatkan masa
kosong dengan bersama manusia. Aku lupa sekejap apa tu korea. MasyaAllah. Tapi cerita
ni aku akan cerita lebih panjang dekat entri lain lah ok.
Rasanya sampai sini jelah aku share kat korang sesuatu yang
mngkin ada mngkin tak da manfaatnya.
now minat Day6 okay. my fav is Jae. idol who love to speak English. Young K pun minat jugak. Sungjin Pon. wonpil dengan Dowoon pun lawak. hahha semua lah. tak leh tinggal. haha official MyDay dah hahaha.
now minat Day6 okay. my fav is Jae. idol who love to speak English. Young K pun minat jugak. Sungjin Pon. wonpil dengan Dowoon pun lawak. hahha semua lah. tak leh tinggal. haha official MyDay dah hahaha.
ps: lebih 2 minggu jadi draf. tak sempat comeback sebelum tahun baru. Btw selamat tahun baharu 2020.
Subscribe to:
Posts (Atom)