Bismillahirrahmanirrahim..
Hampir sebulan berada di tahun 2020.
Untuk tahun yang ramai manusia katakan Malaysia sepatutnya dah ada kereta terbang dan sebagainya. dan aku tidak lah mengharapkan apa-apa yang sangat besar perubahan dari segi teknologi Malaysia. aku hanya harap Allah lindungi Malaysia dari bala akibat perbuatan manusia.
seperti biasa, menulis untuk satu entri ni bukan lah mengambil masa singkat, hampir berhari-hari juga. memikirkan content yang harus di lontarkan.hmmm. adalah beberapa manusia ni tahu yang aku ni berblogging. siap tanya lagi. "apa konsep blog kau ni?", ada pulak yang komen, "aku tak faham langsung tulisan kau". yang paling bikin panas. "Blog tu untuk luahan ja buat apa.. tak bermanfaat langsung".
entahlah aku tak salahkan anasir-anasir ini pun. ada betul nya pada dia. tapi setiap orang beza cara baca, pandangan, dan hayati. dan sebenarnya aku tak terjejas langsung dengan kata-kata mereka. tapi ada lah sikit geram. pastu lantak lah. hahaha. cuma .. ahrghh entahlah.
cuma ada 3 orang yang aku kira sebagai Fans aku dalam dunia penulisan blog ni.
sebenarnya aku sendiri tidak pasti adakah mereka benar-benar mengerti, apa yang aku contengkan di muka pink ni. namun setiap kali berkongsi atau buka cerita pasal penulisan yang aku tuliskan f2f, walau tidak banyak, buat hati ku sebak terharu.
sebagai seorang yang jarang meluahkan apa yang terisi di hati kepada orang ramai, namun ada yang mengerti di dalam tulisan ku, dan seronok ketika membaca nya. sangatlah mengharukan. lagi-lagi Fans yang baru ni. lagak nya sehingga aku ingin ceritakan tentang nya suatu hari nanti di dalam blog ini.
ya, aku sendiri kadang lupa konsep atau aku memang takda konsep dalam blog ni.content nya mungkin cuma luahan. namun, bagi orang yang tidak mudah untuk menceritakan segala nya dalam lisan nya dan susah untuk cari manusia untuk diluahkan, memilih untuk di muntahkan segala nya ke tulisan. dan jangan risau, respon yang kurang itu sama sekali tidak menjejaskan. telah ku ceritakan segala nya pada yang Maha Mendengar.
Tidak pasti ada lagi tak manusia sejenis aku ni.
ok. beberapa hari yang lepas. aku sendiri tidak pasti sama ada aku telah melukakan seseorang atau macam mana.
macam mana ya nak mula kan cerita..
aku sendiri tak ingat haritu atau hari sebelumnya yang aku agak serabut. nak mengamuk pun tak leh sebab memang salah sendiri. so macam biasa. hampir semua orang aku sapa. adalah kot beberapa orang. juga tidak pasti mengapa. aku yang tak nak sapa atau dia yang tak mahu pandang muka aku. lantak lah.
malam nak bertemu dengan adik-adik bulatan. jalan sendiri dalam kegelapan. terlihat kelibat seseorang yang di kenali. serba hitam dia maju. semakin dekat, dia mula beralih haluan. tangan nya cepat menyapu air mata yang mengalir di pipi.
dengan hati yang tidak senang melihat babak itu. cepat-cepat tahan dan tarik tangan nya dan bawa dia ke bahu jalan. "kenapa menangis?". soalan maut yang bikin orang tambah mau menangis. hmmm. memang tak di jawab lah..
tangan ku di genggam kuat. bahu pulak jadi kapas buat serap semua tangisan nya. dan menyebabkan aku sendiri turut menangis. agak lama babak ini di bawah lampu. orang lalu lalang mulai ramai. aku pun dah tak ingat apa yang aku cakap kat dia masa tu.
usapan belakang nya buat dia bikin sebak dan tidak dapat menghentikan tangisan nya. aku biarkan. biarkan biarkan. biar dia menangis selama mana dia mahu.
tidak lama kemudian dia menyuruh aku pergi. aku pun tak mahu cakap banyak, aku suruh dia tidur dan banyakkan rehat.
tangisan ku masih berbaki, kerisauan masih terasa. persoalan yang pelik mula timbul. 'kenapa dia menangis?', 'dia ada masalah ka?'. beberapa pesanan suara ku hantar bagi menyedapkan hati.
malam sebelum tidur, satu lagi pesanan suara ku hantar. dan akhir nya di 'reply'. pesanan suara akhir tu buat aku lega. aku minta maaf jika aku yang buat dia menangis sehingga begitu teruk sekali.
bila fikir-fikir semula. aku rasa itu satu babak yang amat berharga bagi aku. Allah kirim seseorang buat aku sedar yang masalah aku tidak lah begitu besar. melihat sahabat dalam kesusahan adalah anugera. yang aku maksudkan sini bukan lah aku suka tengok sahabat dalam kesusahan. tapi aku dapat yang aku tak patut merungut pun bila ada masalah. tapi aku perlu lebihkan masa ku dengan Allah. yang besar adalah Allah. ALLAH kan MAHA BESAR. tidak ada yang besar selain Allah.
so, setekat ini sahaja entri kalini. esok adalah birthday rumet. nak fikir jap. apa aku nak belikan dia. huuhu
apa-apa pun selamat bercuti esok. CNY. yang muslim tak yah gatai pasang tanglung kat rumah.
peace yo.
ps; sori kalau ada yang typo. this entry for the fisrt time direct post tanpa jadikan draft lebih dari 5jam.wow. di muntah kan terus, harap tak abu ok.
macam terasa balik perasaan di bahu jalan bila baca blog ni, terharu sangat bila "kita" dapat menjadi watak kecil dalam coretan akk kali ini. syukran akk.. teruslah menulis sebab ?? "kita" suka membaca and maybe sebab "kita" pun sama kot.. diam lebih baik dari meluahkan semuanya. semoga segala urusan akk dipermudahkan inshaallah. fighting akk!! u can do it. #MogaAllahRedha
ReplyDeleteehehekk.. terima kasih. semoga kuat ye watak kecil comel. :)
DeleteTerimakasih
ReplyDelete