Sunday, April 12, 2020

Drama Budak Tebing Tv3


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Asslamualaikum wbt. Annyeong ^^

Perintah Kawalan Pergerakan extend sehingga 28April ni. Aku harap sangat aku tak mengGila. Yunamsein?? 

Lately tik tok lah.. apalah… sangat lah menghantui kawan-kawan aku kat asrama ni. Takut ja aku yang terjebak. Hahaha.

Beberapa hari yang lalu ramai kawan-kawan aku yang duduk rumah dok post status whatsapp dengan hashtag BudakTebing. Hehehe. Aku kan tak dok rumah, so tak tahu lah drama apa kat tv. But… actually, kalau aku kat rumah pun tak tengok tv drama melayu sangat pun. Hahhah.

Sangat curious dengan Budak Tebing ni, so aku pegi lah search kat YouTube n tengok.
Ya Allah, my fevret song lah.. kat intro drama tu..

So, aku akan buat review sikit lah pasal drama ni. I guess this is my second review of drama. Sebelum ni Drama Nur tak salah. Hahaa




 Dibintangi oleh Aedy Asyraf sebagai Tongki dan Adam Lee sebagai Arif.
Marathon habis kot tengok drama ni.

Drama ni mengisahkan tentang beberapa orang anak muda yang struggel dengan kehidupan. Tongki, Arif, Kodi, dan Laura digelar budak Tebing. kenapa diorang ni digelar budak tebing. sebab diorang suka lepak kat bawah jambatan jalan raya tu yang di panggil tebing sejak dari kecik lagi. main sama-sama kat situ, belajar kat situ, makan kat situ.

mereka telah besar dan masing-masing ada masalah yang mereka sukar sekali untuk menceritakan. sedangkan mereka kawan rapat dari kecik. tapi disebabkan tidak share dan berlaku salah faham mereka mula renggang.

Kisah bermula bila Arif yang dituduh membunuh Kodi itu telah keluar dari Henry Gurney dan pulang ke pangkuan keluarga setelah 7 tahun kemudian. Tongki pulak menghilangkan diri sejak kematian Kodi. Laura pulak yang sering datang ke "Tebing" dengan alasan untuk memberi makanan kepada kucing-kucing di sana. sedangkan dia sebenarnya menunggu jika Tongki atau Arif akan datang kembali ke "Tebing" itu.

Drama menjadi semakin buat orang penasaran dan menarik dengan beberapa watak yang lain seperti Talam, Ira dan adik kepada Arif yang di panggil Yoyol.

Talam selalu mengajak budak-budak lain untuk datang ke "Tebing" dan melakukan aktiviti kotor. dia menjual dadah dan hisap gam di kawasan "Tebing". kes ini membuatkan Tongki sangat marah kerana mencemarkan nama "Budak Tebing".

Ira pula ialah anak lorong yang di halau oleh ibu nya yang merupakan seorang pelacur. akibat tidak mahu anaknya Ira turut menjadi seperti dia. dan Ira akhirnya bertemu Tongki di "Tebing" sewaktu melarikan diri. namun Tongki meminta tolong Laura untuk menjagakan Ira buat semnetara waktu.

Yoyol antara watak yang sangat 'bikin panasss' orang sabah bilang. dia adik yang sangat degil dan kuat menipu. suka sangat main game di telepon. pandai saja dia memujuk ibu nya untuk berikan dia duit dan ada saja alasannya. kalau aku jadi si Arif memang lama dah ... hish..

Drama ni memang banyak kisah, kisah setiap dari mereka dari kelurga Laura sangkut dengan hal Ira. Arif dan Tongki masih menyalah kan sesama sendiri dalam hal kes kematian Kodi yang bersaksikan Yoyol. Kes yang paling besar di mana Talam terlibat dengan kes penjualan dadah dan penipuan hak tanah orang kampung nya. Kes ini yang membuatkan Tongki, Arif, Laura dan Yoyol mula bergerak bersama untuk mengorek dan banteras kes ini.

ada jugak sikit-sikit kisah percintaan antara Tongki dan Laura, tapi tak terlalu fokus pun.

dan apa yang aku boleh kata dari drama ni adalah... terbentuknya anak muda hari ini bermula dari bagaimana mereka terdidik di zaman kanak-kanak mereka.
zaman kanak-kanak adalah waktu yang penting. aku pernah belajar kat kolej pasal fasa pembentukan kanak-kanak. kalau masa kecik dia tak dapat sesuatu kepuasan yang patut dia dapat, bila dia dah besar dia akan buat sesuatu yang supaya dia dapat kepuasan yang dia tak dapat masa kecik dulu. tapi tu teori barat lah.

part yang paling tak bleh blah "tak pasal2 kau kena kawin free dgn aku, kau nak ke?" - Tongki. cewahhh hahhahha. 

hahaha takdelah

part yang paling aku terkesan bila Arif bagi tau Tongki dalam Islam kita tak boleh cerita aib orang. nanti Allah buka aib kita di akhirat. harap macik-macik bawang tu sedar lah sikit.

sebenarnya Drama ni banyak pengajaran yang masyarakat kita boleh ambil dan jadikan iktibar. 
kisah penuh suka dan duka dan ada jugak lah trill disitu sangat aku syorkn kepada adik aku yang sangat suka main talipon ja. sebab talipon macam2 boleh jadi. 
serius ni.

OST drama ni jgak salah satu sebab akunak tengok drama ni. cari kat Youtube. Sakit -ZynNakal ft Yonnyboii

apa-apa pun selamat menempuh 2 minggu lagi PKP. dan kurang 2 mggu jugak kita akan bertemu Ramadhan. aku harap sangat dapat bertemu Ramdhan dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna. yelah Ramadhan kut. pahala berlipat ganda kut.siapa tak nak. lagi-lagi manusia yang penuh Dosa macam aku ni. Allahu. doakn aku wehh.





P/s: mana-mana tak betul dan nak perbetulkan boleh komen dibawah



Monday, April 6, 2020

review skincare, buku, drama atau tempat melancong?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum... Ahnyeong ^^.



haa. tengok tajuk entri. Happy semacam je kan. haha btw for readers yang bukan dari Malaysia. for your information, Malaysia sekarang di perintahkan untuk mengawal pergerakan. means duduk rumah bersama keluarga, dan bagi yang berada jauh dari hometown perlu stay where you at. akibat masalah jangkitan Covid19 yang kita semua tahu.
  (macam lah ada readers dari luar negara. hahaha. manatahu. dari Indonesia atau Brunei atau Singapore atau Thai. ehehe Sawadikapp)

Now aku tidak berada dikampung halaman. aku stay di mana aku berada. disebabkan daerah aku ini adalah daerah pembawa wabak. tak nak lah aku jadi salah seorang yang membawa pulang wabak tersebut ke kampung halaman.

aku juga berpegang pada hadis Rasulullah saw.

 Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya. (Hadis riwayat Imam Muslim). [8]

walaupun pada hakikatnya sebaik sahaja PM mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada malam 16hb, dan 17hb kami di halau keluar.. eh macam kejam. kami di arahkan untuk keluar kawasan. hmm malas nak cerita part ni.
walau dimana pun kita berada please #StayAtHome and #StaySafe.
 OK. dah panjang lebar sangat. back to the topic. hahah entri kalini menarik bukan.?
Bagi mengisi masa tempoh PKP ni, saat aku rasa kelapangan yang boleh di isi dengan perkara lain, maka laptop pun di buka. hotspot d pasang.

mula membaca blog orang lain. follow sana sini blog orang. and most of the bloggers... suka buat review. that's why, orang suka. and aku pun suka

first: review pasal skincare



Agak-agak, blogger yang buat entri pasal review skin care ni mesti kaya raya. kan?? ke tak?? ke biasa-biasa jak? jangan marah ya.. ><. yelah product skin care yang di review tu bukan biasa-biasa ya. produk mahal tau. ada produk skin care dari Jepun, Korea, Europe dan dari Timur Tengah pun ada tau. dasyatkan.? kalau baca memang wahh memanjang. 1. teruja baca sebab keberkesanan. yelah. blogger yang share ni mestilah nak share macam mana iya berkesan pada diri nya kan. atau kalau memang dia tipu, dia memang kejam. hahaha. 2. teruja baca sebab cara diorang explain tu betul-betul macam penjual produk pun ada, yeah I know the things you wanna to share make you eksited hahaha. rasa macam nak satu dunia tahu, hhee. aku baca pun rasa nak beli. 3. teruja baca bila diorang cerita How to get this things?. pergh ada blogger yang cerita dia save duit bebulan-bulan untuk dapatkan the product. contact sana sini untuk dapatkan kepastian membeli, ada jugak blogger yang buat review atas review orang lain. Yunamsein?? blogger A baca review blogger B pasal skincare. then dia beli the product. pastu buat review lagi. pastu dia cerita lah yang dia dapat product ni berdasarkan apa yang dia tahu dari blogger lain. itu yang penting tentang cr to owner. huu


second: review pasal buku


lebih kurang ja sebenarnya. macam mana aku baca pasal orang review skincare. tapi disebabkan aku ni agak kurang suka membaca buku. especially buku yang tebal macam kamus. aku lebih suka baca orang review. dan memang tak akan cari dah buku tu. coz I already know the book and whats the content. so it is enough for me. hehe. bagi yang berminat membaca buku tebal-tebal, lepas baca review dia mesti akan tinggalkan komen di bawah dan ada dua jenis orang yang komen. 1. komen, dekat mana boleh dapatkan buku tu. untuk beli dan baca lah. dan nak tahu adakah setelah dapat buku tu dan baca, adakah sama feeling dengan apa yang ditulis olah blogger c pembuat review tentang buku. kan? kan?? 2. komen balik pasal pendapat nya tentang buku tersebut. its means.dia dah baca buku tu sebelum ni dan menyatakan balik pendapatnya tentang buku tersebut. samada mereka punya feeling yang sama dengan apa yang direviewkan oleh c blogger atau sebalik nya. yelah setiap orang lain cara pembacaan nya, pemahaman juga lain. sebab tu tak sama. yang sama tu komfem eksited. "uishh rupannya dia pun rasa begitu oo lepas baca tu buku". yang tak sma pulak mula lah tak sependapat, masuk lagi pengomen yang lain, haha kadang tu siap begaduh lagi di blog orang. tapi memang syok kalau baca komen2 orang. kadang ini betul, ini pun macam betul. hahah sebab tak semua nya salah. macam yang aku cakap.. semua ada pendapat masing-masing. :)

untuk review drama dan travel ak continue lain hari okay.

maaf salah silap.