Monday, April 6, 2020

review skincare, buku, drama atau tempat melancong?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum... Ahnyeong ^^.



haa. tengok tajuk entri. Happy semacam je kan. haha btw for readers yang bukan dari Malaysia. for your information, Malaysia sekarang di perintahkan untuk mengawal pergerakan. means duduk rumah bersama keluarga, dan bagi yang berada jauh dari hometown perlu stay where you at. akibat masalah jangkitan Covid19 yang kita semua tahu.
  (macam lah ada readers dari luar negara. hahaha. manatahu. dari Indonesia atau Brunei atau Singapore atau Thai. ehehe Sawadikapp)

Now aku tidak berada dikampung halaman. aku stay di mana aku berada. disebabkan daerah aku ini adalah daerah pembawa wabak. tak nak lah aku jadi salah seorang yang membawa pulang wabak tersebut ke kampung halaman.

aku juga berpegang pada hadis Rasulullah saw.

 Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya. (Hadis riwayat Imam Muslim). [8]

walaupun pada hakikatnya sebaik sahaja PM mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada malam 16hb, dan 17hb kami di halau keluar.. eh macam kejam. kami di arahkan untuk keluar kawasan. hmm malas nak cerita part ni.
walau dimana pun kita berada please #StayAtHome and #StaySafe.
 OK. dah panjang lebar sangat. back to the topic. hahah entri kalini menarik bukan.?
Bagi mengisi masa tempoh PKP ni, saat aku rasa kelapangan yang boleh di isi dengan perkara lain, maka laptop pun di buka. hotspot d pasang.

mula membaca blog orang lain. follow sana sini blog orang. and most of the bloggers... suka buat review. that's why, orang suka. and aku pun suka

first: review pasal skincare



Agak-agak, blogger yang buat entri pasal review skin care ni mesti kaya raya. kan?? ke tak?? ke biasa-biasa jak? jangan marah ya.. ><. yelah product skin care yang di review tu bukan biasa-biasa ya. produk mahal tau. ada produk skin care dari Jepun, Korea, Europe dan dari Timur Tengah pun ada tau. dasyatkan.? kalau baca memang wahh memanjang. 1. teruja baca sebab keberkesanan. yelah. blogger yang share ni mestilah nak share macam mana iya berkesan pada diri nya kan. atau kalau memang dia tipu, dia memang kejam. hahaha. 2. teruja baca sebab cara diorang explain tu betul-betul macam penjual produk pun ada, yeah I know the things you wanna to share make you eksited hahaha. rasa macam nak satu dunia tahu, hhee. aku baca pun rasa nak beli. 3. teruja baca bila diorang cerita How to get this things?. pergh ada blogger yang cerita dia save duit bebulan-bulan untuk dapatkan the product. contact sana sini untuk dapatkan kepastian membeli, ada jugak blogger yang buat review atas review orang lain. Yunamsein?? blogger A baca review blogger B pasal skincare. then dia beli the product. pastu buat review lagi. pastu dia cerita lah yang dia dapat product ni berdasarkan apa yang dia tahu dari blogger lain. itu yang penting tentang cr to owner. huu


second: review pasal buku


lebih kurang ja sebenarnya. macam mana aku baca pasal orang review skincare. tapi disebabkan aku ni agak kurang suka membaca buku. especially buku yang tebal macam kamus. aku lebih suka baca orang review. dan memang tak akan cari dah buku tu. coz I already know the book and whats the content. so it is enough for me. hehe. bagi yang berminat membaca buku tebal-tebal, lepas baca review dia mesti akan tinggalkan komen di bawah dan ada dua jenis orang yang komen. 1. komen, dekat mana boleh dapatkan buku tu. untuk beli dan baca lah. dan nak tahu adakah setelah dapat buku tu dan baca, adakah sama feeling dengan apa yang ditulis olah blogger c pembuat review tentang buku. kan? kan?? 2. komen balik pasal pendapat nya tentang buku tersebut. its means.dia dah baca buku tu sebelum ni dan menyatakan balik pendapatnya tentang buku tersebut. samada mereka punya feeling yang sama dengan apa yang direviewkan oleh c blogger atau sebalik nya. yelah setiap orang lain cara pembacaan nya, pemahaman juga lain. sebab tu tak sama. yang sama tu komfem eksited. "uishh rupannya dia pun rasa begitu oo lepas baca tu buku". yang tak sma pulak mula lah tak sependapat, masuk lagi pengomen yang lain, haha kadang tu siap begaduh lagi di blog orang. tapi memang syok kalau baca komen2 orang. kadang ini betul, ini pun macam betul. hahah sebab tak semua nya salah. macam yang aku cakap.. semua ada pendapat masing-masing. :)

untuk review drama dan travel ak continue lain hari okay.

maaf salah silap.



No comments:

Post a Comment