Bismillahirrahmanirrahim..
perjalanan
ke Tanah Merah bermula saat aku melangkah naik bas
dalam hati
berdebar-debar. bukan nya hendak balik ke rumah sendiri pun
tapi entah
kenapa. peluang untuk ke negeri Kelantan ini bagai suatu mimpi
awan mula
hitam
kilat sabung
menyabung
Allahumma
Yassir wala Tu'Assir
sebelum
berangkat, bagi menghabiskan masa untuk menunggu yang lain
telefon Mak
yang jauh di seberang.. tanah Borneo
dalam bas,
berbekalkan dua bungkus mee sedap yang sempat aku masak.
ku beri
adik-adik jamah terlebh dahulu
rombongan
kami kesemua 7 orang,
5 orang
johorian, seorang dr sabah (aku lh tu), dan rumah yang kami nak pergi ni rumah
mek ainun.
berhenti di
sebuah tempat persinggahan bagi melunaskan hak Allah swt.
setibanya
kami di sebuah tempat yang sangat asing bagi aku dan johorians. kulihat keadaan
sekeliling seperti nya aku berada di zaman cowboy di penuhi pasir serta ditiup
angin. kasut ku hampir saja berwarna merah akibat tanah yang berwarnah merah.
Agaknya betul lah aku dah sampai di tanah merah Kelantan sekarang.
di pagi raya
aidiladha, kelurga mek ainun menerima kunjungan yang paling awal.
sesampai
kami, hidangan telah di sediakan. makanan nyya tidak lah begitu asing bagiku,
kerana keluarga kami sendiri menydiakan juadah yang sama di pagi raya
Namun.. apa
yang mengejutkan aku adalah, hampir kesemua rasa manis termasuk yang pedas.
juga rasa manis.
setelah
semua besiap kendiri. kami mula melangkah keluar dan mengunjungi setiap rumah
yang di bawa oleh ayah mek nun. bermula lah mengisi perut yang seperti tiada
hentinya.
nak di
pendek kan cerita begitulah selama 2 hari di tanah merah. dan sempat juga pergi
ke rumah seorang sahabat senior yang juga tinggal di tanah merah. hari terakhir
sebelum meneruskan permusafiran ke terengganu, kakak kepada mek nun bawa kami
ke kota baharu bagi memenuhi jemputan kawannya, lagi sekali, sempat ke rumah
seorang sahabat senior yang tinggal berada di kb
melihat
keadaan sekeliling kota baharu, seperti di tanah arab pun ada, tulisan dalam
tulisan jawi. kami juga singgah ke pantai cahaya bulan. mungkin itu kali kedua
aku mengunjungi tempat itu, sebelumnya adalah tahun 2010. Hahaha lama dah kan.
Ketika lawatan asrama.
Esok pagi
nya kami, rancang bersiap awal untuk menaiki bukit kluang Terengganu
tidak kesampaian. Gerak dalam pukul 9 lebih. Kalini di bwa oleh abang kepada
mek nun.
Setiba
sahaja di kawasan bukit kluang, panas terik mula meninggi. Lupakan sahaja
hasrat untuk hiking. rupanya ada yang menunggu kami. Orang-orang nya seperti
tidak asing. Namun masih agak kekok untuk bertegur sapa.
Tidak sempat
untuk memenuhi jemputan-jemputan orang Terengganu. Malam itu juga aku dah balik
ke KL dan terus pulang ke asrama.
Rasanya itu
sahaja yang aku perlu kongsikan
Segala salah
silpa mohon ampun maaf.
p/s: entri
ni sepatutnya di post pada 30 ogos 2018 yang lepas. Telah menjadi draft selama
hampir 9 bulan. Macam tarikh melahirkan selepas 9 bulan hamil pulak. ><