Tuesday, May 28, 2019

Novel: Warkah Cinta Berbau Syurga


Bissmillahirrahmanirrahim..



Kutemukan tulisan-tulisan Amir Mukhlis, watak dalam sebuah novel. Maha Suci Allah. Sungguh puitis sehingga mampu menarik hati wardah dan mungkin.. aku? Hahaha

Melihat bagaimana Amir Mukhlis sebenarnya cuba untuk menjaga hati nya sendiri dan juga  menjaga hati seorang gadis, Wardah ini dari terjerumus ke lembah di mana ada bisikan2 yang membawa kepada kemaksiatan dan kerosakan hati sehingga akhirnya masing-masing tidak dapat meluahkan apa yang tersimpan di hati.

Dan di akhir novel ini, yang buat aku sedikit terkilan ketikaa membaca warkah terakhir Wardah yang telah meninggalkan dunia ketika itu.. Sehingga membuat Amir berkata “Wardah, aku akan pergi kepadamu selepas ini. Maafkan aku kerana buat engkau menunggu”. Pengakhiran Wardah amat tragis. Dan hampir menyalahkan penulis kerana tidak membenarkan watak Amir Mukhlis bertemu Wardah walau di akhir hayat nya. 

Sisi lainya nya. 
Aku di tenggelamkan oleh tulisan pertama Qalam Hazim yang sangat halus lagi berisi. Kenal sangat jika sebelum nya membaca surat-surat Amir Mukhlis kepada Wardah. Membaca penulisan nya bagai ‘tour guide’ yang sedang membawa kita berjalan ke sekitar sambil menceritakan sejarah. Sedang kita Nampak, namun dapat di bayangkan saat membaca nya.

sekian

Ps: Sepatut nya di post pada 8/8/18. Akibat ketidakrajinan untuk update di entri. 

No comments:

Post a Comment