Tuesday, May 28, 2019

Ke Tanah Merah, Kelantan


Bismillahirrahmanirrahim..

perjalanan ke Tanah Merah bermula saat aku melangkah naik bas
dalam hati berdebar-debar. bukan nya hendak balik ke rumah sendiri pun
tapi entah kenapa. peluang untuk ke negeri Kelantan ini bagai suatu mimpi
awan mula hitam
kilat sabung menyabung
Allahumma Yassir wala Tu'Assir

sebelum berangkat, bagi menghabiskan masa untuk menunggu yang lain
telefon Mak yang jauh di seberang.. tanah Borneo

dalam bas, berbekalkan dua bungkus mee sedap yang sempat aku masak.
ku beri adik-adik jamah terlebh dahulu
rombongan kami kesemua 7 orang,
5 orang johorian, seorang dr sabah (aku lh tu), dan rumah yang kami nak pergi ni rumah mek ainun.
berhenti di sebuah tempat persinggahan bagi melunaskan hak Allah swt.


setibanya kami di sebuah tempat yang sangat asing bagi aku dan johorians. kulihat keadaan sekeliling seperti nya aku berada di zaman cowboy di penuhi pasir serta ditiup angin. kasut ku hampir saja berwarna merah akibat tanah yang berwarnah merah. Agaknya betul lah aku dah sampai di tanah merah Kelantan sekarang.

di pagi raya aidiladha, kelurga mek ainun menerima kunjungan yang paling awal.
sesampai kami, hidangan telah di sediakan. makanan nyya tidak lah begitu asing bagiku, kerana keluarga kami sendiri menydiakan juadah yang sama di pagi raya
Namun.. apa yang mengejutkan aku adalah, hampir kesemua rasa manis termasuk yang pedas. juga rasa manis.

setelah semua besiap kendiri. kami mula melangkah keluar dan mengunjungi setiap rumah yang di bawa oleh ayah mek nun. bermula lah mengisi perut yang seperti tiada hentinya.

nak di pendek kan cerita begitulah selama 2 hari di tanah merah. dan sempat juga pergi ke rumah seorang sahabat senior yang juga tinggal di tanah merah. hari terakhir sebelum meneruskan permusafiran ke terengganu, kakak kepada mek nun bawa kami ke kota baharu bagi memenuhi jemputan kawannya, lagi sekali, sempat ke rumah seorang sahabat senior yang tinggal berada di kb

melihat keadaan sekeliling kota baharu, seperti di tanah arab pun ada, tulisan dalam tulisan jawi. kami juga singgah ke pantai cahaya bulan. mungkin itu kali kedua aku mengunjungi tempat itu, sebelumnya adalah tahun 2010. Hahaha lama dah kan. Ketika lawatan asrama.

Esok pagi nya kami, rancang bersiap awal untuk menaiki bukit kluang Terengganu tidak kesampaian. Gerak dalam pukul 9 lebih. Kalini di bwa oleh abang kepada mek nun.

Setiba sahaja di kawasan bukit kluang, panas terik mula meninggi. Lupakan sahaja hasrat untuk hiking. rupanya ada yang menunggu kami. Orang-orang nya seperti tidak asing. Namun masih agak kekok untuk bertegur sapa.

Tidak sempat untuk memenuhi jemputan-jemputan orang Terengganu. Malam itu juga aku dah balik ke KL dan terus pulang ke asrama.

Rasanya itu sahaja yang aku perlu kongsikan
Segala salah silpa mohon ampun maaf.

p/s: entri ni sepatutnya di post pada 30 ogos 2018 yang lepas. Telah menjadi draft selama hampir 9 bulan. Macam tarikh melahirkan selepas 9 bulan hamil pulak. ><

No comments:

Post a Comment